Nora Danish Trending Gara2 #NoRushChallenge, Ini Respon Netizen

Dari netizen kepadalah selebriti, ramai yang beralih ke aplikasi TikTok untuk menghiburkan diri dan meluangkan masa lapang sepanjang kuarantin ini.

Selain bertiktok bersama ahli keluarga, ada juga yang berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pengguna media sosial dari seluruh dunia untuk menghasilkan video-video menarik.

Terbaru, cabaran solekan No Rush Challenge menjadi tular di TikTok serta media-media sosial yang lain selepas ramai yang menyertai cabaran itu bersama rakan-rakan.

Dalam video no rush challenge, seorang individu pada mulanya tampil dalam pakaian biasa tanpa solekan, sebelum mengubah penampilan mereka menjadi glamor.

Individu tersebut kemudiannya akan ‘pas baton’ dengan memberikan atau mencampakkan berus mekap kepada rakan mereka.

Baru-baru ini beberapa artis Malaysia telah menyahut cabaran itu, salah seorangnya adalah pelakon berwajah babyface, Nora Danish.

 

Penampilan Nora dalam video yang dikongsikan oleh pelakon muda Sweet Qismina di Twitter telah mencuri tumpuan netizen sehingga namanya trending.

Selain Nora dan Qismina, video itu juga disertai oleh pelakon-pelakon popular seperti Emma Maembong, Ruhainies, dan Janna Nick.

Berikut adalah antara reaksi netizen yang rata-ratanya memuji penampilan awet muda Nora Danish.

“nora danish menang…”

“dari dulu sampai sekarang lawa…”

“DAMN HOTTT maam…”

“simply evergreen…”

“Nak jadi mcm Nora Danish bila tua…”

“Hampir 40 tapi nampak paling muda…”

Sumber: Twitter via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*