Dr Sheikh Muszaphar Bakal Timang Pasangan Kembar Sekali Lagi

Rezeki buat Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar bakal menimang pasangan kembar sekali lagi. Berita mengenai keham1lan isterinya, Dr Halina itu dikongsikan olehnya menerusi laman Instagram milik Dr Sheikh Muszaphar sendiri sebentar tadi.

Menerusi perkongsian berita baik itu, Dr Sheikh Muszaphar menulis isterinya kini ham1l 13 minggu. Tulisnya lagi dia sangat gembira dan perasaannya itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

“Dr Halina kini ham1l 13 minggu dengan kembar. Saya sangat teruja dan sangat gembira dengan berita gembira ini. Terasa bagaikan dejavu semula,” tulisnya.

Tambahnya lagi sudah semestinya mereka sering mahukan keluarga yang besar. Namun kehamilan kembar sudah tentu ada r1siko yang lebih tinggi.


Dr Sheikh Muszaphar

Walaubagaimanapun menerusi tulisannya itu juga beliau cukup respek dengan isterinya Dr Halina yang masih mampu bertugas sebagai petugas barisan hadapan ketika Cov1d-19 melanda kini biarpun sedang ham1l.

Berikut adalah catatan penuh Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan kehamilan isterinya itu:

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pic – Expecting Twins again … Alhamdulillah – Syukur teramat . Dr Halina is now 13 weeks pregnant with twins . I’m just thrilled , speechless and over the moon … It’s like DejaVu all over again . We have always wanted a big family . But carrying twins during pregnancy is totally high risk as we have experienced that before . Double Nauseous Double Vomiting Double Bloating Double Craving Double Bleeding – which she did It was tough seeing Dr Halina undergoing through her 1st Trimester and still working as frontliners treating Covid patients and she truly deserve my utmost respect . The only thing I could do is to gain weight with her which is part of the deal – Haha Salam Everyone Love As Always Just sharing the good news PS – Do be strong my love . Just hang in there and leave the workload of the kids to me . 😘

Siaran dikongsi oleh Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) pada

Malah kini nama Dr Halina trending nombor satu di Twitter. Rata-rata pengguna media sosial itu turut tumpang gembira dan teruja dengan berita Dr Sheikh Muszaphar bakal timang pasangan kembar sekali lagi ini.

Berikut antara perkongsian oleh pengguna Twitter yang teruja dengan berita gembira ini:

Untuk info, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumahtangga pada 2010 dan sudah pun memiliki dua anak perempuan dan sepasang kembar lelaki.

 

 

Sumber:HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*