Gelagat Lelaki Melayu Menyakat Isterinya Berbangsa Korea Bikin Ramai Berdekah

Perkahwinan campur bukan lagi sesuatu yang luar biasa seperti suatu ketika dulu. Dengan orang ramai kini kerap travel ke luar negara, ditambah pula dengan perkembangan teknologi yang memudahkan perhubungan merentas dunia, tidak hairanlah ramai yang memilih untuk menjalinkan hubungan dan menamatkan zaman bujang dengan individu berlainan bangsa atau kewarganegaraan.

Walau bagaimanapun setiap perkahwinan campur itu mempunyai cabaran tersendiri, antaranya adalah perbezaan bahasa yang mungkin boleh membataskan komunikasi dan mencetuskan salah faham. Seperti yang ramai percaya komunikasi adalah salah satu perkara penting untuk mengekalkan perhubungan.

Namun kadang kala perbezaan bahasa juga boleh membuat hubungan lebih menarik dan meriah, seperti yang ditunjukkan oleh satu pasangan ini.

Dalam satu video yang dikongsikan, seorang lelaki Melayu bersiaran live dan menyakat isterinya yang berasal dari Korea ketika mereka sedang makan bersama.

Klip yang tular di Twitter itu menunjukkan lelaki bernama Ryzal Ibrahim itu menyakat isterinya dengan berbual bersama penonton yang menyaksikan mereka dalam bahasa Melayu, membuat isterinya terpinga-terpinga.

Dia juga sempat memberitahu penonton bagaimana isterinya tidak ingin makan makanan yang berlemak kerana cemburu dengan beratnya yang lebih rendah. Malah lelaki itu turut mengambil risiko memberi tahu berat isterinya kepada penonton.

Sambil digelakkan suaminya, wanita Korea bernama Maryam itu menjadi curiga dan membaca komen pada skrin, seterusnya melenting selepas mendapat tahu apa yang dikatakan suaminya.

Lebih melucukan, wanita tersebut sempat mengalihkan kamera sebelum ’mengerjakan’ suaminya. Gelagat pasangan itu membuat rata-rata netizen berdekah selain cair dan cemburu dengan kemesraan mereka, seperti juga dengan pasangan di bawah ini.

Sumber: HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*