“Comelnya Dia!” – Aina Abdul Teruja Dapat Bersama Dengan Siti Nurhaliza

Impian menjadi realiti, itu antara pengakuan penyanyi dan komposer, Aina Abdul apabila dapat bertemu dan duduk sebaris dengan penyanyi popular tanah air, Dato Sri Siti Nurhaliza.

Aina Teruja

Menurut Aina, dia berasa sangat teruja apabila dihubungi oleh pihak produksi yang mempelawanya untuk menjadi Juri Juara dan duduk bersebelahan Siti pada konsert minggu kedua Big Stage 2022.

foto via ASTRO/Azrul Rafie

Dedah penyanyi yang popular dengan lagu Sepi ini, pada awalnya dia berasa agak gemuruh untuk bertemu dengan Siti kerana begitu menghorm4ti penyanyi itu. Namun, setelah bersapa dengannya Aina menyifatkan Siti sebagai figura yang mudah didekati.

“Dia punya aura itu lain macam. Saya memang gemuruh bila produksi hubungi saya dan cakap saya perlu jadi juri juara terus saya fikir “Ya Allah aku akan duduk sebelah Tokti”

“Saya takut juga sebab kita belajar lagu dia selama ini macam itu adalah rujukan kita. Sebagai penyanyi, saya tidak tengok penyanyi lain sebab semua lagu dia saya hafal dan dia sangat baik dengan saya. Dia buat saya selesa dan tanya sama ada saya tahu atau tidak mengenai bagaimana penjurian markah dibuat, dia ajar saya, comelnya dia! “ kongsi Aina

Aina Kongsi Tips

foto via ASTRO/Azrul Rafie

Dalam pada itu, Aina berkesempatan untuk berkongsi tips kepada semua peserta rancangan itu untuk melawan perasaan gemuruh.

“Buat semua peserta apa yang sering saya lakukan tengok atas dan ingat kita nyanyi untuk siapa kerana itu akan lawan kembali perasaan gemuruh” katanya

Pesan Aina, meskipun mereka berada di dalam sebuah pertandingan, kesihatan harus diutamakan dan tidak perlu memaksa diri sekiranya berada dalam keadaan tidak sihat apatah lagi ketika wabak cov1d-19 sedang melanda dunia.

“Bagi saya kita kena lihat pada diri kita sendiri. Kalau kita rasa tak boleh lakukannya, jadi jangan lakukannya. Sesetengah peserta yang kena kuarantin kita memang tak boleh nak elak tetapi dalam pertandingan bagi saya kekuatan mental juga adalah penting itu yang saya pegang dari dulu” katanya lagi menutup bicara

Aina ditemui Murai.my di sidang media konsert minggu kedua Big Stage 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad. Dalam konsert itu, Iqbal Zulkefli menepati ramalan menjadi peserta pertama yang tersingkir selepas memperoleh markah terendah dikalangan 10 peserta yang lain. Penyanyi Daniel Chuer pula direhatkan sementara berikutan mengalami masalah kesihatan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*