“M4lu dgn burger pasar malam”-Pelanggan beng4ng dapat burger ‘t0gel’. Harga dia memang blh tahan

“BAYAR mahal-mahal, ni ke kualiti yang korang boleh bagi?”

Demikian tulis seorang wanita yang meluahkan kekec3waannya gara-gara burger yang dipesan dari restoran KFC hanya ‘indah khabar dari rupa’.

Menerusi video berdurasi 1 minit 32 saat yang dimuat naik di laman sosial pada Jumaat, wanita itu menunjukkan sebiji burger ‘Colonel Classic’ yang dibelinya hanya diisi dengan sedikit daun salad dan mayonis.

“Harga RM7 lebih… korang tengok apa yang ada dalam ni. Seriuslah? Malu dengan burger pasar malam tau. Macam ini ke korang punya kualiti KFC?

“KFC Malaysia tolong notice ya. Makan pun sed1h,” katanya dalam video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Selain burger yang ‘menyed1hkan’, pelanggan wanita itu turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan pesanan ayam goreng yang dibuat dari restoran sama.

Selain tidak berpuas hati dengan burger, ayam goreng yang dibelinya juga didakwa tidak ‘segar’.

“Tengok kualiti ayam goreng. Dengan ayam macam ni, berapa kali goreng ni? M4lu sikit dengan peniaga jalanan. Jangan sebab dah laku, kualiti pula macam ni. Bayar mahal-mahal.

“Jumlah k3seluruhan harga RM60 lebih. Korang (warganet) tolong share sampai diorang (KFC) notice perkara ni,” katanya lagi.

Menurut wanita tersebut, pesanan makanan itu dibuat menerusi perkhidmatan Grabfood dari KFC cawangan Balok, Kuantan.

Benda boleh bersuara buat apa diam? Kami tak cari salah siapa-siapa. Cuma cari jalan penyelesaian bagi meningkatkan kualiti.

Menurut wanita berkenaan lagi, tindakannya memuat naik video berkenaan bukan mahu mencari publisiti mahupun cuba mencari salah, sebaliknya mahu bersuara agar pihak yang berkenaan mengambil maklum seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

“Benda boleh bersuara buat apa diam? Kami tak cari salah siapa-siapa. Cuma cari jalan penyelesaian bagi meningkatkan kualiti,” tulisnya pada ruangan komen.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dengan dengan pendapat wanita berkenaan.

Antara komen netizen yang turut meluahkan pandangan yang sama.

“Terima kasih suarakan isi hati saya. Memang kualiti rendah sekarang ni. Kegemaran sepanjang zaman kot, memang boleh k3san kalau kualiti j4tuh.

“Memang teruk burger dia. Semalam beli keras macam batu dagingnya.

“Ayam kecil macam ayam RM1. Bagi saiz besar balik, baru nak pergi makan,” demikian antara komen-komen netizen.

Sehingga kini video tersebut meraih sehingga melebihi 722,000 jumlah tontonan.

Setakat ini, tiada sebarang status atau maklum balas dari restoran makanan segera terbabit berhubung isu berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*