“Sampai Mont Kiara Hujan Lebat”-Caprice Anggap Persembahan Iqbal Zulkefli ‘Ke Laut’

Kemunculan usahawan sensasi sebagai salah seorang peserta program Big Stage 2022 mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Ini termasuk dari penyanyi rap, Caprice yang tampil bersuara terhadap kejutan yang diberikan oleh program itu.

“Marketing Big Stage Memang A++”-Caprice

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Caprice berpendapat bahawa teknik pemasaran yang diberikan oleh pihak Astro begitu baik apatah lagi dengan kemunculan jutawan kosmetik Dato Seri Vida sebagai Presiden Netizen.

“Astro, Big Stage, marketing anda, marketing Big Stage memang A+++++. Anda ada Dato Seri Vida sebagai juri. Kebelakangan ni dia asyik viral.

Kemudian anda ada Iqbal sebagai peserta kejutan yang sentiasa viral. Jadi, salute kepada Astro dan Big Stage, Marketing anda kali ni A++. “-ulas Caprice

Persembahan Iqbal ‘Ke Laut’

Tambah Caprice, dia turut menyifatkan persembahan Iqbal seperti sumbang ketika menyanyikan lagu Bila Bulan Berbicara nyanyian asal Broery Marantika.

“Cuma suara Iqbal tu bagi Cap laa sebagai penonton. Ke laut..Saya minta maaf bro, sampai Mont Kiara hujan lebat”- ujarnya lagi

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tiger of AlQuds (@daddycapofficial)

Selain Iqbal, Big Stage 2022 turut menampilkan 11 peserta lain antaranya Lia Aziz, Aisyah Retno, Ajoi Zainal, dan Tuah Adzmi yang bakal merebut gelaran juara untuk edisi kali ini. Program yang dikendalikan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad itu akan bersiaran secara langsung selama lapan minggu setiap Ahad, 9 malam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*