‘Dah Macam Opera Cina’ – Ozlynn Tayang Muka Suami Penuh Mekap Bikin Netizen Terhibur

Muat naik terkini di Instagram milik pelakon jelita Ozlynn Wati bersama suaminya Johan, pelawak dan penyampai radio popular menarik perhatian orang ramai di media sosial.

Muka Penuh Mekap Hasil Air Tangan Anak

Ozlynn berkongsi foto muka suaminya penuh dengan pemerah pipi mengundang rasa lucu pengguna media sosial, apatah lagi pelakon ini siap berseloroh dengan menyamakan rupa suaminya itu seperti opera Cina.

Menurut Ozlynn, anaknya menggunakan barang mainan mekap untuk menyolek Johan sewaktu suaminya itu tertidur ketika melayan anak di rumah.


Foto – Instagram @jozlynnhanania

“Malas dah nak cakap dengan ‘you’… Tak payah nak ngadu-ngadu dengan ‘I’ habis muka ‘you’.. Pastu nak salahkan ‘I’ beli barang mainan mekap.. Barang anak tu tak salah, anak pun tak salah..

Yang salahnya masa layan bermain-main dengan anak tu kau membuta… Haaa tu makan diaaaaa.. Dah macam opera Cina muka kau! Kau kena ingat anak kau tak ada seni mekap sebab mak dia sendiri tak ada barang mekap sebab mak dia pun tak pandai mekap…

Jadi kau tahan je lah ‘blusher’ satu muka… Pengajaran, lepas ni layan anak kau tak payah nak baring.. Kau duduk.. Kau tu channnn sangat.. Manjang aku hil4ng kejap jek.. Kau pun hil4ng keawang awangan!!

Laki siapa macam ni?? Sila tag laki anda” Tulisnya

Netizen Terhibur Rasa Lucu Lihat Misai Warna Merah Jambu

Melihat foto Johan yang penuh dengan solekan merah jambu termasuklah misai penyampai radio tersebut, buatkan pengguna media sosial luah rasa lucu dan terhibur diruangan komen posting Instagram milik pasangan popular ini.




Foto – Instagram @jozlynnhanania

“Mampu ketawa jer”

“Sangat merah jambu!”

“Misai ‘pink’ tu yang tak tahan”

“Redhanya muka hahahaha” komen mereka

Habis merah jambu satu muka!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :  Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*