‘Dah Sedia Hadapi Apa Saja Kec4man Netizen’ – Ali Puteh

Semalam (Jumaat) mahkamah memerintahkan pelawak Ali Puteh membayar sebanyak RM60,000 kepada bekas kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali, selepas mengeluarkan kata-kata 4ib di Instagramnya pada dua tahun lalu.

Dah l4li dengan kec4man

Ketika ditemui OhBulan!, Ali, 33, memberitahu dia tidak ada masalah dengan netizen yang mencemvh dan mem4ki di platform media sosial. Katanya, dia sudah bersedia dengan setiap kec4man kerana itu bukan perkara baharu.

Dalam dua tahun ini, saya sudah bersedia menghadapi apa saja kec4man. Saya sudah maklumkan kepada keluarga, menang pun kita kena (hent4m), kal4h pun kita kena.

Jadi, saya tiada masalah dengan netizen sebab kita tahu apa yang kita lakukan dan apa sebenarnya yang terjadi.

Takvt timbul masalah untuk rayuan

Dalam pada itu, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menyatakan dia tidak akan membuat sebarang hantaran yang berbentuk luahan di akaun miliknya kerana khuatir akan mengganggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Kalau saya kongsikan apa-apa lagi di media sosial, saya bimbang akan berlaku masalah di Mahkamah Tinggi.

Tentang netizen, saya memang tak risau apa-apa pun.

Ketika ditemui di perkarangan luar mahkamah, Ali memaklumkan akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat.

Pada Mei 2020, Nor Hidayah telah memfailkan sam4n fitn4h terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan tervk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berb4ur fitn4h terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu dalam prosiding sama, mahkamah menolak sam4n fitn4h yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya lain terhadap Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.

Dalam prosiding semalam, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.

Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kem4tian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat dem4m pan4s.

Sumber: Instagram @aliputeh_official

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Ohbulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*