“Dia Bukan Penyanyi”- Eric Floor 88 Mahu Iqbal Zulkefli Tarik Diri Dari Big Stage 2022

Ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi tampil bersuara selepas usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli teruk dikecam susulan menyertai program Big Stage 2022.

Akui Iqbal Bukan Seorang Penyanyi

Menurut Eric yang juga merupakan komposer lagu Iqbal berjudul Hujan, dia tidak bersetuju dengan keputusan Iqbal untuk menyertai Big Stage kerana mendakwa usahawan itu bukan seorang penyanyi.

“Btw, aku memang tak setuju Iqbal masuk Big Stage! Dia bukan penyanyi..Degil, orang dah kata jangan nyanyi live, jangan masuk industri.

Nak nyanyi suka-suka untuk content sendiri untuk tujuan promote produk atau luahkan isi hati masuk Youtube takpelah..Modal kau kan, apa nak kisah..”- luah Eric

Minta Iqbal Tarik Diri

Di kesemptan itu, Eric turut menasihati Iqbal untuk menarik diri daripada menyertai program tersebut dan berpendapat kekuatan Iqbal hanya sebagai seorang usahawan.

“@ahmadiqbalzulkefli nasihat seorang kawan, tarik je lah diri..Please. Kekuatan kau sebagai usahawan, teruskan dengan kerjaya kau tu.

Ramai DM dah ni marah-marah aku sebab layan kau nak record single dulu ni hahaha”- katanya

Terdahulu, Iqbal teruk dikecam oleh ramai netizen selepas menyanyikan lagu Bila Bulan Berbicara nyanyian asal Broery Marantika yang dianggap ‘sumbang’.  Iqbal juga mendapat markah terendah sebanyak 28.8% manakala Aisha Retno selesa dengan kedudukan teratas dengan perolehan markah 84.4%.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Backup Dancers Floor88 (@ericfuzi_f88)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*