“Doakan dia kuat…” Pelakon Haeriyanto Hassan dikejarkan ke H0spital, Ini Sebenarnya Yg Berlaku

Kuala Lumpur: Pelakon Haeriyanto Hassan dikejarkan ke Hospital Ampang (HA), Selangor, pagi semalam selepas mengalami ser4.ngan angin ahm4r ringan yang mengakibatkan anggota badan sebelah kiri tidak boleh bergerak.

Adik iparnya yang juga penyanyi, Oja ketika dihubungi berkata, pemeriksaan doktor mendapati ada d4rah be.ku bersaiz tiga sentimeter pada bahagian kanan kepalanya.

Oja atau nama sebenarnya, Daninaz Huza Daud berkata, sepatutnya Haeriyanto perlu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembed4.han, tetapi doktor di HA mahu memantau keadaan k3sihatannya terlebih dulu.

“Ketika kakak hubungi saya pagi semalam memang sudah dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena sebab dia akan hubungi kalau ada perkara penting.

“Kakak minta saya datang ke rumahnya untuk melihat keadaan abang ipar yang tidak boleh bergerak di ruang tamu memandangkan jarak rumah kami berdua tidak sampai 10 kilometer. Bagaimanapun saya tiada di rumah kerana menghadiri mesyuarat.

“Saya minta kakak hubungi adik iparnya Dasira Hassan untuk menghubungi ambulans. Selepas mendapati bacaan tekanan d4.rah terlalu tinggi iaitu 211/131, paramedik membawa abang ipar ke hospital untuk tindakan susulan.

Menurut Oja, selama ini abang iparnya itu sihat dan tidak pernah darah tinggi namun beberapa hari sebelum kejadian dia sering mengadu sakit kepala.

“Walaupun diser4.ng angin ahmar, abang masih boleh berkomunikasi dengan kakak. Kata doktor, biasanya orang terkena angin ahmar akan pengs4n. Mungkin semangatnya kuat.

“Setakat ini bacaan d4rah semakin menurun. Saya juga dimaklumkan hari ini doktor akan beritahu sama ada abang Haeriyanto akan menjalani pembed4.han atau tidak.

“Kita sama-sama berdoa agar abang kuat dan kembali sihat. Jika ada sebarang perkembangan lain saya akan maklumkan daripada semasa ke semasa,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit : HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*