“Nalk Hummer At4s Karpet Merah, HumbIe La S4ngat” Netizen Krltik ‘Tweet’ PM Pasal Sultan Brunei

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri telah membuat lawatan rasmi di mana beliau telah menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Menerusi Twitter, Ismail Sabri ada berkongsi gambar mempamerkan beliau menaiki Hummer dipandu oleh Sultan Brunei di sekitar rumahnya.

Boleh dilihat berdasarkan gambar itu, kenderaan tersebut dipandu di atas laluan karpet merah dan foto itu dimuat naik dengan kapsyen; ‘KDYMM Sultan Brunei : ‘Humble’ dan Mesra.’

Bagaimanapun penggunaan perkataan ‘humble’ itu mendapat perhatian dan telah menerima kritikan daripada sesetengah netizen.

Ada yang berkata, memandu kereta mewah sebegitu di laluan karpet merah tidak melambangkan ‘humble’ dan hanya layak digelar sebegitu jika menaiki kenderaan awam seperti rakyat biasa.

Namun, segelintir individu dipercayai rakyat Brunei turut memberikan respon terhadap kritikan rakyat Malaysia terhadap Sultan mereka.

Ada yang berkata, Sultan Hassanal Bolkiah memang dikenali sebagai susuk yang sangat merendah diri dalam kalangan rakyat negara itu.

Selain itu, seorang netizen berkata rakyat tidak kisah jika Sultan mereka mahu memandu di istana yang besar di atas karpet merah asalkan baginda menjaga mereka dengan baik.

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Sinarviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*