Iqbal Kembali Dengan Semangat Baru Dan Berharap Ada Yang Sudi Mengundinya Di Pentas Big Stage

Peserta Big Stage, Ahmad Iqbal Zulkefli mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

Iqbal berkata, selepas apa yang berlaku, dia mendengar suara-suara semangat yang tidak mahu dirinya terus mengal4h.

Oleh itu, Iqbal berkata dia kembali dengan semangat baru dan berharap agar ada yang sudi mengundi supaya dapat terus belajar di pentas Big Stage.

“Terima Kasih, ternyata saya tidak keseorangan. Sudilah undi saya supaya saya masih boleh belajar di pentas Big Stage.

“Setelah apa yang terjadi, saya mendengar suara suara semangat yang tidak mahu saya terus mengal4h.

“Saya mahu lama lagi di dalam ini bersama kalian. Tolong doakan saya. Senang bekerjasama dengan kalian semua.

“Teman saya semua, tolong doakan esok saya lakukan yang terbaik. Sebaik yang boleh saya lakukan. Saya bawa semangat baru kerana sokongan dan kata semangat dari kalian.

“Sudilah undi saya supaya saya masih boleh belajar di pentas Big Stage,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Hantaran tersebut sekaligus men0lak spekvlasi kononnya Iqbal bakal menarik diri daripada pentas Big Stage minggu ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Terdahulu Iqbal mengakui terkes4n dengan tohm4han yang dilemp4r terhadapnya, dan menjelaskan akan mengundurkan diri daripada program tersebut.

“Saya akan mengundurkan diri, jangan risau. Untuk minggu kedua nanti, kemungkinan besar akan menjadi minggu terakhir saya berada di pentas BS3.

“Biar apa yang terjadi, saya hanya ingin selesaikan tanggungjawab sahaja,” katanya dalam satu hantaran Instagram sebelum ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*