Kini Bergelar Pelakon! Iqbal Zulkefli Kagum Dibimbing Zul Ariffin

Selepas teruk dikec4m kerana menyertai proram realiti Big Stage 2022, usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli mula beralih arah dengan menceburi bidang lakonan. Malah, dia kini sedang menjalani penggambaran di bawah arahan pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima.

Kagum Dengan Zul Ariffin 

Menurut Iqbal, dia berasa kagum dengan aktor kacak, Zul Ariffin yang banyak membantu menghidupkan wataknya dalam lakonan drama tersebutl

“Saya sangat kagum cara @zul_ariffin bekerjasama dengan saya sebagai orang yang tidak pernah berlakon, beliau banyak bantu hidupkan watak saya. Terhutang budi Zul Ariffin sudi bimbing saya.”- luah Iqbal

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Akan Menyertai Kursus Lakonan

Tambahnya lagi, dia akan menyertai kelas lakonan bersama pelakon lagenda, Fauzia Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy secara peribadi jika berkelapangan.

“Jika ada hari kosong, saya akan ke kursus lakonan dengan @kak_ogy secara personal. Doakan saya dapat buat yang terbaik.”- katanya

Nama Iqbal sebelum ini menjadi kecaman ramai kerana menyertai program realiti Big Stage 2022 dan disifatkan tidak mempunyai bakat nyanyian. Iqbal juga menjadi peserta pertama tersingkir dari program itu selepas mendapat markah yang terendah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*