Isteri Tak Bertudung, Yonnyboii Okay Ja – ‘Saya Dan Dia Masih Muda Lagi’

Hadir ke tempat awam dengan penampilan tidak bertudung, isteri penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira Narriman, 23, telah membuatkan rata-rata netizen tertanya.

Memetik laporan Harian Metro, Yonny tampil menjelaskan situasi sebenar supaya tidak ramai lagi salah faham.

Menurut Yonny, 24, berkata Nazira baru setahun mengenakan hijab dan masih dalam proses belajar menutup aurat.

Dia kalau berjalan dengan saya, ada kalanya dia nak melawa. Sebelum ini, dia memang tak bertudung dan setakat ini, dah setahun dia pakai tudung. Dia bertudung ‘casually’.

Enggan mengvndang komen tidak enak dibaca, pemilik nama Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin menyatakan isterinya membuat keputusan untuk tidak memuat naik foto tidak bertudung buat sementara waktu.

Saya dah bincang dengan dia mengenai kec4man. Dia cakap, mungkin untuk letakkan (gambar) di Instagram, belum masanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Sakit juga akui tidak pernah mem4ksa isterinya untuk mengubah imej secara mend4dak.

Saya dan dia masih muda lagi. Di media sosial, memang dia bertudung. Kalau di luar, ada masanya dia bertudung dan tidak.

Saya memang tak pernah p4ksa dia untuk tukar penampilan atau apa, sebab saya pun begini (imej). Jadi, saya okay.

Terdahulu, Yonny dan Nazira berkahwin pada 20 November tahun lalu di Duchess Place, Ampang selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Harian Metro & Instagram @yonnyboii

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*