“Gementar sehinggakan azan pun tersasul”-Jamal Abdillah timang anak ke-5 pada usia 63 tahun

Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah menyambut kelahiran anak kelimanya, Iskandar Rayyan Yamani

Berita gembira itu dimaklumkan Jamal menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya sebentar tadi.

“Assalammualaikum… Alhamdullilah telah lahir anak lelaki saya. Mohon doa semoga menjadi anak yang soleh… Amin.

“Alhamdulillah, selesai sudah. Gementar sehinggakan azan pun tersasul. Terima kasih semua,” tulisnya.

Terdahulu, Jamal berkongsi kepada media sudah memilih nama anak kelimanya dan memberitahu tarikh kelahiran Iskandar Rayyan Yamani.

“Rabbanaghfirlanaa wa liikhwaninnalladziina sabaquunaa bilimaani wa laa taj’alfii quluubinaa ghilaa lilladziina amanuu rabbannaa innaka raufurrookhiimun.

“Artinya: “Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Allah, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”

“Assalammualaikum..

Alhamdullilah telah lahir anak lelaki saya

Mohon doa semoga menjadi anak yg soleh .. amin …ALHAMDULILLAH,SELESAI SUDAH.GEMENTAR SEHINGGAKAN AZAN PUN TERSASUL.TERIMA KASIH SEMUA.

“Wassalam..

VIDEO:

“Alhamdulillah (isteri) akan berpangkat sarjan, tiga calit nanti. Nak dapat satu lagi jadi tiga orang (anak). Kandungan isteri kini sudah memasuki tiga minggu.

“Saya sudah ada tiga anak lelaki, seorang saja perempuan. Jadi nak lagi cahaya mata perempuan. Apa pun alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi,” katanya dalam wawancara bersama seorang YouTuber dalam saluran Wafa TV malam tadi.

Terdahulu, rumah tangga Jamal dengan Zai Izzati, 26, yang didirikan pada 6 April 2017 diserikan kehadiran dua cahaya mata, Nur Azura Yamani, 22 bulan, dan El Issac Yamani atau Zack yang baharu mencecah sembilan bulan.

Uniknya nama anak-anak Jamal, Azura diambil bersempena judul filem lakonannya yang popular sekitar 1980-an, manakala Zack pula watak yang dijayakan dalam filem sama.

Menerusi dua perkahwinan terdahulu pula, penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15.

Kedua-duanya putera yang semakin membesar itu mengikuti jejak langkah Jamal menceburi arena seni suara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*