“Jika Allah hukvm saya, saya tiada lagi di muka bumi” – Ebby Yus

PETALING JAYA – Walaupun tidak mendapat semula rumah impian yang musnah dalam kejadian banjir baru-baru ini, pelakon dan juga pelawak Ebby Yus terharu apabila menerima sumbangan kerajaan berbentuk rumah mesra rakyat bernilai RM56,000.

Ebby atau nama lengkapnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, ketika dihubungi Kosmo! Online bersyukur atas pemberian rumah oleh kerajaan yang dibina di tapak rumah asal yang musnah dihanyutkan banjir pada Disember tahun lalu.

“Alhamdulillah. Saya bersyukur diberi rumah oleh kerajaan selepas bencana yang berlaku baru-baru ini. Walaupun bukan rumah impian yang saya idam-idamkan sebelum ini, sekurang-kurangnya saya diberi ‘sesuatu’ sebagai ganti.

“Rumah baharu ini dibina di tempat yang sama, cuma lokasinya agak jauh berselang kira-kira tiga lot dari tapak rumah asal yang dihanyutkan banjir,” katanya.

Kata Ebby, dia belum memikirkan lagi untuk membuat sebarang pengubahsuaian atau penambahan pada rumah baharunya kerana mengakui tidak mempunyai modal untuk melakukannya.

“Saya difahamkan rumah tersebut akan siap dibina dalam masa dua bulan. Setakat ini saya belum bercadang untuk melakukan apa-apa penambahan kerana memerlukan modal yang besar.

“Saya ada bercadang nak tambak kawasan terhakis dan memasang benteng penahan. Tetapi modalnya besar. Malah kalau pasang benteng pun tak boleh beri apa-apa jaminan kalau hendak dibandingkan dengan kuasa alam,” katanya.

Ketika disoal tentang harapannya, Ebby berharap rumah baharunya nanti dapat disiapkan dengan baik untuk diduduki.

“Kalau ikutkan impian saya lain. Tetapi apa pun saya tetap bersyukur dan berharap supaya dimurahkan rezeki oleh Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, Ebby turut berkongsi perkembangan k3sihatannya yang sebelum ini diuji dengan masalah paru-paru.

“Alhamdulillah, doktor sudah buat pemeriksaan dan keadaan paru-paru saya sekarang tidak memerlukan rawatan sampai perlu ditebuk. Walau bagaimanapun, saya perlu menjalani rawatan susulan di hospital.

“Terima kasih sebab ingat dan mendoakan k3sihatan saya pulih. Terima kasih buat semua yang mendoakan dan percayalah, doa kepada saya berbalik kepada kalian semua. Doa yang baik-baik,” katanya.

Terdahulu, Ebby mengalami kerugian lebih RM200,000 apabila rumah baharu yang dibinanya di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat sejak empat tahun lalu musnah sepenuhnya dalam kejadian banjir pada 18 Disember lalu.

Kediaman dua tingkat yang dibina Ebby di atas tanah dibeli secara kongsi bersama abangnya itu dibangunkan berperingkat mengikut modal yang dikumpul hasil kerjaya seninya.

Malah, rumah impian Ebby itu hanya tinggal 10 peratus saja untuk siap sepenuhnya dan dia juga sudah merancang masuk tinggal di situ pada Januari lalu.

Komen netizen:

Jika Allah hukum saya, saya tiada lagi di muka bumi – Ebby Yus

MENAHAN sebak air mata, pelakon komedi, Ebby Yus atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, cuba berkongsi pengalaman hidupnya saat dirinya mula mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Ramai yang terhibur dengan gelagat lucu Ebby setiap kali kemunculannya di kaca televisyen sebelum ini. Namun, figura prolifik ini tidak dapat menidakkan dirinya hanya insan biasa yang perlu melalui pengalaman hidup yang getir dan berliku.

Ebby merasakan berlaku perubahan yang sangat ketara dalam hidupnya setelah dia mula berusaha untuk menunaikan solat dengan lebih baik.

“Memang perbezaan itu amat ketara, saya rasakan. Secara jujur dan ikhlasnya, semasa kita tidak kenal dengan solat dan selepas kita kenal dengan solat.

“Perbezaannya saya dapat rasakan, sebelum saya benar-benar kenal (solat) dan selepas saya kenal, memang ada perbezaannya. Hati makin tenang dan perasaan makin indah sebenarnya. Sebenarnya, dia amat indah,” kongsinya sambil menyeka air mata.

Menurut Ebby, setelah dia cuba memperbaiki solatnya dan semakin mengenal Pencipta, Allah SWT, dia dapat merasakan sebuah kekuatan hadir dalam dirinya.

“Apabila kita kenal akan solat itu dan kenal akan siapa yang kita sembah itu, sebenarnya kekuatan itu akan datang daripada Dia.

“Sebab kita memang tiada apa-apa, saya tidak berani cakap saya kuat, sebab saya memang tidak kuat. Saya manusia yang lemah, penuh dosa, hina, miskin, tetapi kekuatan itu lahir kerana diberi,” kongsinya.

Kediaman Ebby Yus di Kuala Langat, Selangor yang hampir siap dibina dirakam sebelum musnah dilanda kejadian banjir pada 18 Disember 2021.

Ebby berkongsi kisah dirinya itu semasa menghadiri porgram Usrah Anak Muda anjuran radio islamik, Zayyan, di Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Kuala Lumpur pada 8 Februari lalu.

Turut berkongsi kisah nasib dirinya ketika malam kejadian banjir memusnahkan rumah baru-baru ini di Hulu Langat, Selangor. Mengakui dirinya sangat terk3san dengan kejadian itu.

Jika tidak digerakkan Allah untuk meninggalkan kediamannya itu, Ebby merasakan ada kemungkinan dirinya kini sudah tidak bernyawa lagi akibat bencana banjir berkenaan yang menyaksikan kediamannya yang sedang dibina hanyut di bawah arus air yang deras.

Ebby cuba menahan sebak semasa berada di samping Datuk Idris Ahmad ketika muncul dalam program Usrah Anak Muda anjuran radio Islamik, Zayyan, di Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Kuala Lumpur pada 8 Februari 2022.

“Sebenarnya banjir itu adalah satu teguran Allah. Tegurannya, yang seperti saya katakan bahawa kita tidak (akan) pernah faham akan bahasa Tuhan. Kita tidak pernah terfikir akan rindu Tuhan terhadap kita.

“Sebab kita jarang sebut nama Dia, Dia ingin nama Dia disebut, ‘Kau lupa, kau sudah lama tidak sebut nama Aku, Aku nak cuit kau sikit.

“Pada saya, itu bukannya satu hukuman terhadap saya, jika Allah menghukum saya, saya tidak ada lagi di atas muka bumi ini,” katanya dalam suara yang bergetar kerana sedih.

Dalam nada sebak, Ebby menjelaskan, pada jam enam petang di hari kejadian, dia meninggalkan kediamannya tersebut sebab dipanggil untuk turut menyertai misi bantuan banjir di Kapar, Selangor.

Tinggal kenangan, beginilah keadaan rumah Ebby Yus di Kuala Langat, Selangor selepas kejadian banjir pada 18 Disember 2021.

Ketika itu katanya, Kapar terlebih dahulu telah dilanda banjir dan misi tersebut bermatlamat untuk membawa 800 pek bungkusan makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di lokasi tersebut.

Ketika dalam perjalanan ke Kapar, Ebby mendapat panggilan dari rakannya yang menunjukkan keadaanya rumahnya yang musnah dibawa bersama arus banjir.

Menurut Ebby lagi, selepas mendapat perkhabaran itu, dia memaklumkan hal itu kepada pendakwah, Ustaz Ashraf Suarin yang juga turut serta dalam misi bantuan berkenaan.

“Saya beritahu Ustaz Ashraf, saya menerima panggilan telefon, dan tunjukkan rumah saya sudah dibawa air. Ustaz Ashraf kata ‘Sabarlah,’. Perkataan sabar itulah yang menguatkan saya.

“Ikhlas saya katakan, jika seorang Ustaz cakap kepada saya agar beesabar, siapalah saya hendak memahami erti sabar itu sebenarnya.

“Sabar ini kita kata, boleh cakap sahaja. Tetapi mampukan kita bersabar? Macam tadi, khusyuk. Kita boleh beritahu, khusyuk. Tetapi mampukah aku sendiri khusyuk?

“Kerana, khusyuk dan sabar bukan milik kita, ia bukan milik kita tetapi milik Allah. Gerak, diam semua milik Allah. Jadi kita tak mampu sebenarnya,” katanya.

Tambah Ebby, dengan kejadian itu dia sedar tiada satu pun yang ada di muka bumi milik sesiapa, k3semua yang dinikmati hari ini adalah milik Allah SWT.

Ebby yang hadir semasa Program Usrah Anak Muda anjuran Zayyan itu untuk berkongsi mengenai solat bersempena Bulan Solat Kebangsaan yang dilancarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada bulan ini.

Turut hadir dalam program sama, Menterinya, Datuk Idris Ahmad dan Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Terdahulu, media melaporkan kediaman milik Ebby musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras dalam bencana banjir di Kuala Langat, pada 18 Disember tahun lalu.

Rumah yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di kawasan penempatan itu, dihanyutkan air deras, mengakibatkan Ebby kerugian hampir RM200,000. – HARAKAHDAILY 10/2/2022

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*