“Alhamdulilah”- Lisa Surihani Kongsi Pengalaman Menarik Bawa Anak Kecil Pergi V4ksin

Bermula Februari 2022, kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah boleh mendaftar dan menyertai Program Imunisasi cov1d-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kids) yang telah dilaksanakan di beberapa lokasi di Malaysia.

Lisa Bawa Anak Bersama

via Instagram lisasurihani

Program Imunisasi ini juga turut mendapat perhatian dari Lisa Surihani. Menurut perkongsiannya di laman Instagram, Lisa telah membawa puteri sulungnya Yahaira Leanne yang telah diadakan di PWTC, Kuala Lumpur.

Anak Sedikit T4akut

Dalam penulisannya, Lisa berkongsikan perasaan Yahaira yang dikatakan sedikit takut dan sunt1kan jarum tersebut sedikit s4kit untuk anaknya.

Namun kes4kitan tersebut hanyalah seketika sahaja dan Lisa kagum melihat anaknya berjaya mengendalikan dirinya sendiri.

Pengalaman Di PWTC Yang Menyenangkan

Tambahnya, pengalaman imunisasi kanak-kanak di PWTC sangat menyenangkan untuk kanak – kanak. Sukarelawan dan kakitangan perubatan yang mengalu-alukan kedatangan dan mesra menyebabkan kanak – kanak merasa seronok.

Disana, mereka juga turut menyediakan tayangan filem Netflix dan ‘bean bag’ untuk kanak – kanak semasa sesi pemerhatian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani)

Tiada Aktiviti Lasak Untuk Anak

Lisa turut bersyukur dan berharap tiada kesan sampingan yang besar akan terjadi. Dia memberi anaknya rehat dan tiada aktiviti lasak sambil mengharapkan kepada netizen untuk berdoa kesejahteraan anaknya itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*