Perdana Menteri Kongsi Momen Jumpa ‘Wartawan C1lik’, Sekali Lain Pula Yang Netizan Komen

ALOR SETAR –Kanak-Kanak berusia 12 tahun itu dipertemukan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hotel di sini dan diberi kesempatan menemu ramah pemimpin nombor satu negara berkenaan.

Impian ‘wartawan cilik’ Muhammad Haziq Mohd Asyraf dari Bukit Selambau, Sungai Petani yang ingin bertemu dan menemu ramah Perdana Menteri menjadi kenyataan hari ini.

Dalam sesi temu ramah itu, Muhammad Haziq bertanyakan beberapa soalan kepada Perdana Menteri berkaitan makanan kegemaran, rutin harian dan sama ada beliau mengenali juadah kampung.

Perdana Menteri turut ditanya mengenai perancangannya jika diberi peluang menerajui negara 10 tahun lagi dan Ismail Sabri menjawab beliau berharap dapat menghapuskan kemis kinan serta mis kin tegar menjelang 2025.

“Yang pertamanya kita beri fokus untuk menjadikan ekonomi kita negara berpendapatan tinggi, yang keduanya supaya kita boleh bantu masyarakat luar bandar, kita dapat hapuskan kemi skinan supaya tidak ada lagi orang mi skin, mis kin tegar, kita nak hap uskan dalam tahun 2025 nanti.

“Negara kita pun ke arah neutral karbon supaya tidak ada lagi kalau kita tengok kilang-kilang, as4p dan sebagainya, jadi nak jadikan negara kita neutral karb0n. Ini semua perancangan masa depan untuk rakyat seperti Haziq,” katanya.

Selepas sesi temu ramah itu, Muhammad Haziq yang ditemani ibunya Nur Shakilla Zainol, 33, dan beberapa ahli keluarga lain memberitahu Bernama bahawa dia amat berbesar hati dapat berjumpa serta menemu ramah Perdana Menteri.

“Saya sangat berbesar hati dapat jumpa Perdana Menteri. Seronok dapat berjumpa Perdana Menteri Malaysia. Memang rezeki dapat jumpa Perdana Menteri.

“Saya lihat beliau seorang yang baik, penyayang dan handsome orangnya,” kata Muhammad Haziq.

Sebelum ini, Bernama melaporkan hasrat Muhammad Haziq untuk bertemu Ismail Sabri dan menemu ramah beliau jika diberi kesempatan.

Ismail Sabri berada di Kedah untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara dan merasmikan projek Kedah Rubber City di Kuala Nerang esok.

Muhammad Haziq sebelum ini meraih perhatian warganet dan menjadi popular selepas videonya yang melaporkan tentang penemuan seek0r ular sawa di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Sungai Petani tular.

Video itu, yang dimuat naik di Facebook Putra Mar pada 24 Jan lepas, telah mendapat 1.2 juta tontonan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tertawa selepas mendengar telatah wartawan cilik viral, Muhammad Haziq. -Foto Bernama

Penghidap talasemia itu turut mendapat perhatian Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang berkenan menghadiahkannya telefon bimbit.

Muhammad Haziq juga dihadiahkan sebuah tablet oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa selain menerima sumbangan persekolahan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan serta individu.

Dalam pada itu, rata-rata netizan mempersoalkan masa ‘terluang’ PM di kala rakyat dan negara dalam keadaan susah di tambah dengan peningkatan mendad4k ke s C0vid

Mmg xde keje lain yg lg penting ke??

“Dik tlg tnya pak mail kes kovid da naik melonjak psl 10k one off mesti di segerakn..”

“Nampak macam bagus je ya! Masih luangkan masa untuk menunaikan impian “wartawan cilik” tu!

Tapi bila pulak agaknya PM nak tunaikan harapan 32 juta rakyat Malaysia supaya harga barang di kawal? Lama dah rasanya kami suarakan hasrat kami ni!

Nampak gayanya PM kita ni macam dah takde benda penting lain yang nak di buat! Seolah2 Malaysia ni dah tak ada masalah lain..”

“Dia tanya tak tentang i-citra 10 k tu ..ramai yang memerlukan…jangan buat do no pada masal4h rakyat… bagitau kat PM…”

“Haziq tlg tanya psl kwsp, ayam, telur, minyak ron 95(np tk turun), rfid, gaji minima( yg dpt untung golongan bawah, golongan pertengahan gaji mcm pendtg), bantuan bnjir, dan pru 15 bila nk on…?”

“Tak pertik4i dia nak mesra dgn budak comel ni. Tp just nk ty utk bntuan bnjir baru2 btol ka ramai yg belum dapat lg?sbb ada duk baca kat berita byak yg belum dpat bntuan lg. Byak lg isu2 bsar msih tak settle2 dgn kenaikan hrga barang lg. Rasa2 pemimpin mcm ni mmg amik peduli ka kalau sekadar tumpang viral budak comel ni?”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*