Pertama kali tunai umrah, Aliff Aziz mohon maaf andai pernah g0res hati sesiapa

PENYANYI Aliff Aziz memaklumkan dia dan isterinya Bella Astillah berangkat menunaikan ibadah umrah buat pertama kalinya pada Rabu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff memohon orang ramai mendoakan perjalanannya ke Tanah Suci Makkah selamat pergi dan balik.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ini saya sekeluarga berangkat untuk menunaikan umrah buat pertama kali.

“Mohon semua doakan semoga kami selamat pergi dan kembali,” ujarnya.

aliff4

Aliff dan Bella serta dua orang tuanya menunaikan umrah pada Rabu.

Juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) itu memuat naik foto bersama isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).

Sementara itu, Aliff juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang pernah terg0res hati dengannya perbuatannya selama ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝐀𝐥𝐢𝐟𝐟 𝐀𝐳𝐢𝐳 ( ألف عزيز ) (@iamaliffaziz)

“Kepada semua yang pernah tergores hati dengan perbuatan saya, mohon dimaafkan ya. Semoga perjalanan ini dilindungi dan dirahm4ti Allah Azzawajala dan menjadi asbab kebaikan kita semua,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, isterinya Bella Astillah pernah memberitahu rancangan mereka menunaikan umrah pada 9 Februari sekaligus menyambut ulang tahun ke-30 suaminya pada 16 February ini.

Muat naik terkini ini mendapa 18k tanda suka dan rata-rata netizen mendoakan yang terbaik Aliff sekeluarga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*