Pintu Pusat Beli-Belah Lalaport Buka Sendiri, Fauziah Nawi Kaitkan Aktiviti Paranormal?

Tular di media sosial baru-baru ini, di mana terdapat video rakaman yang menunjukan pintu masuk di pusat beli-belah terkenal Lalaport Bukit Bintang terbuka dan tutup dengan sendirinya.

Syak Berkait Dengan Paranormal

Rakaman tersebut kemudian menjadi viral dan mendapat perhatian orang ramai termasuklah golongan selebriti seperti Fauziah Nawi.

Pelakon veteran tanah air, Fauziah Nawi yang juga memuatnaik video tersebut berkongsi pandangan sama ada kejadian aneh tersebut berkemungkinan berkait dengan aktiviti paranormal atau sebaliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)

“Bukit Bintang City Centre dulu dikenali Penjara Pudu – Mitsui Shopping Park Lalaport Pudu…. Lihat pintu terbuka sendiri, ada banduan keluar. Paranormal. Percaya atau tidak?” Tulisnya

Netizen Beri Pelbagai Respon

Muat naik pelakon veteran ini mendapat pelbagai respon dan komen warganet di ruangan komen, dan rata-rata memberi pendapat kejadian aneh tersebut kemungkinan berkait dengan aktiviti paranormal.

Foto – Instagram @fauziahnawi

“Sangat menakutkan”

“Ser4m”

“Uish tempat angker”

“Balik dari Lalaport tu anak saya dem4m.. Entahlah mungkin bekas tapak penjara Pudu tu keras”

“Kalau ada ‘baby’ baik tak payah pergi.. Tak pasal nanti balik ‘baby’ tak tidur.. Saya MEMANG ser4m kalau tempat macam ni”

“Komen dekat TikTok ada yang kata nampak sesuatu perhati dekat pemilik video ni” komen mereka

Apa pandangan anda?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*