Seniwati Margaret Gan Peluk Islam Di Usia 79 Tahun

Bagi peminat drama tanah air awal 1980-an, pasti kenal dengan anak seni bernama Margaret Gan ini.

Lebih separuh abad mengabdikan diri dalam dunia seni, siapa sangka dia mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

Memeluk Islam Pada Usia 79 Tahun

Lebih separuh abad mengabdikan diri dalam dunia seni, pelakon veteran Margaret Gan yang sering melakonkan watak dalam drama menyentuh hati beroleh hidayah untuk melafazkan dua kalimah syahadah.

Menurut BHarian, Margaret Gan memeluk Islam pada usianya mencecah 79 tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Abdullah Khairi (@abdullahkhairi_official)

Memeluk Islam Dihadapan Anaknya

Margaret yang sudah biasa dengan kehidupan orang Melayu dan amalan umat Islam sejak zaman persekolahan dikatakan memeluk Islam di hadapan anak tunggalnya, Mohd Taufik Gan pada 15 Februari lalu.

Anaknya Mohd Taufik sebelum ini terlebih dahulu mengucapkan dua kalimah syahadah ketika menuntut di universiti, kira-kira 20 tahun lalu.

Anak Tidak Pernah Mendesak

via Wow Berita

Membuka cerita mengenai pengislamannya, menurut BHarian, Margaret mengakui anaknya itu tidak pernah mendesak agar mengikut jejak langkahnya memeluk Islam. Tambahnya, dia merasa lebih tenang apabila memeluk Islam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :Murai my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*