“Sungguh Tak Relevan”- Dr Sheikh Muszaphar Komen Isu Soalan Ujian Lisan SPM

Sejak beberapa hari yang lalu, tular di media sosial mengenai soalan ujian lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi subjek Bahasa Melayu bertajuk ‘Apa tema perkahwinan anda?’ mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menganggap tajuk sebegitu tidak relevan diberikan kepada pelajar berumur 17 tahun.

via FMT

“Sungguh Tak Relevan”

Menerusi posting di Instagram, angkasawan negara ini berpendapat lebih banyak topik lain yang boleh dibincangkan untuk menilai kecerdasan minda pelajar berumur 17 tahun seperti topik p4ndemik cov1d-19, keberkesanan PDPR dan pelbagai lagi topik yang menjurus kepada topik semasa.

“Perkahwinan Idaman’ tajuk yang diberikan buat pelajar SPM 2022 untuk viva BM. MasyaAllah..

Ada banyak lagi topik hangat lain yang boleh dibincangkan untuk menilai kecerdasan minda. P4ndemik cov1d-19, Keberkesanan PDPR, manfaat gajet dan pelbagai lagi yang menjurus kepada topik semasa.

Sungguh mengec3wakan. Sungguh tak relevan. Tersentap kejap diri ini.”-Dr Sheikh Muszaphar

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

Pelbagai Reaksi Netizen

Tinjuan Murai di ruangan komen posting angkasawan ini menimbulkan pelbagai reaksi netizen malah ada yang meminta angkasawan negara ini untuk tidak memperlekehkan soalan ujian lisan yang diberikan kepada pelajar SPM tahun ini.

“Jangan pernah memperlekehkan soalan itu, pelajar bijak akan hadir dengan idea bernas yang kita tak pernah jangka. Topik perkahwinan ni agak hot juga buat masa pandemik ni.”

“Sebagai pentaksir suami saya beritahu saya bahawa ia saat yang kekok dirasakan oleh pelajar apabila mereka mendapat soalan ini.”

Sangat-sangat setuju dengan pandangan Dr. kec3wa saya dengan soalan yang dikemukakan. Doakan anak saya cemerlang dalam SPM ye Dr.”

Apa pendapat anda? Adakah anda bersetuju dengan tajuk ujian lisan SPM 2022 ini?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*