Ketengahkan Tajuk Kandungan Isteri Fizo Omar ‘Made In Janda Baik’, Normala Samsudin Beri Teguran

Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin tampil memberikan teguran terhadap sebuah portal  selepas menyiarkan artikel mengenai pelakon Fizo Omar yang mengumumkan isterinya kini sedang h4mil.

Tajuk Artikel Dianggap Keterlaluan

Menerusi Insta Stories, Normala  menyifatkan tajuk artikel tersebut seperti keterlaluan biarpun kandungannya adalah tepat.

“Media: Berita itu tak salah, tapi bahasa headline tu keterlaluan..Bersopanlah dalam apa jua situasi”- nasihat Normala

Gunakan Bahasa Yang Baik

Tambah Normala lagi, dia  turut berharap agar pihak yang terlibat bijak menggunakan bahasa yang baik dan tidak perlu ‘menceduk’ secara total dari sumber asal.

“Saya sangat berharap media yang bijak menggunakan bahasa yang baik dan tidak ada unsur sebegini rupa. Tak perlulah dilabel atau diceduk bulat-bulat dari IG asal.

Sepatutnya media yang terkenal seperti ‘Star’ memberi satu headline yang tidak berunsur luc4h, geli bila publik membaca.

Walaupun menulis. Perlu ada kesopanan, jadilah media yang cerdik dan mendidik.”-Tegur Normala

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*