Tak nak besarkan lagi m4salah Puteri Balqis tampil mohon maaf secara terbuka kepada Mia. Sekali ini yang dia harapkan pada Mia Sara.

Perbalahan antara dua pelakon remaja akhirnya lerai apabila Puteri Balqis memohon maaf kepada Mia Sara.

Dalam satu video dimuat naik menerusi Instagram, Puteri Balqis Azizi, 15, yang mesra disapa Aqish memohon maaf secara terbuka kepada Mia atas kenyataan balasnya sebelum ini terhadap ciapan Mia.

Selain keluarga, Aqish turut memohon maaf kepada peminat dan penyokong rakan artis berkenaan.

VIDEO:

“Jauh di lubuk hati, saya ingin memohon maaf kepada awak, Mia Sara.

“Saya juga memohon maaf seikhlas hati kepada bapa awak, Pakcik Ridzuan serta semua peminat dan penyokong awak.

“Aqish dengan ibu buat hal kami sendiri dan kami tak kacau oran. Jadi, saya ters1nggung dengan salah satu komen secara terbuka mendakwa saya tidak dibesarkan keluarganya dengan baik. Itu adalah satu fitnah yang besar.

“Saya tidak menunjukkan kasih terhadap Tuhan menerusi gambar, sebaliknya menerusi puisi karangan saya dan tidak ramai menyedarinya,” ujarnya.

Aqish turut menasihati Mia supaya tidak mengulangi perbuatannya itu. Dalam masa sama, dia berterima kasih atas segala sokongan diberikan peminatnya.

Terdahulu, berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pelakon yang popular sebagai pelakon cilik suatu ketika dahulu ekoran pandangan yang disuarakan Mia terhadap Balqis yang kemudian ditempelak Aqish.

Semoga tiada lagi salah faham antara Aqish dan Mia. Jangan pula peminat masing-masing mengeruhkan lagi keadaan, sudahlah ya?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: CARI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*