Ditakdir temui pengganti tak bermakna lupa saat suami pergi selamanya, Wanita ini syukur jodoh baru selalu ingatkan selit doa buat arw4h

TANGGAL 12 Februari 2012 pasti menjadi tarikh yang tidak akan dilupakan oleh wanita ini seumur hidupnya.

Pada tarikh itulah, suaminya men1nggal dun1a kerana terbabit dalam satu nah4s membabitkan kereta dan lori ketika dalam perjalanan menghantar rakan, di Jalan Pontian-Kukup, Pontian, Johor.

Sungguhpun tragedi tersebut telah 10 tahun berlalu, namun ia sama sekali tidak luput daripada memori wanita ini apatah lagi ketika itu, dia dan suami sudah lapan tahun menjalani hidup bersama dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Izah berkata, perkongsiannya di laman sosial mengenai tr4gedi yang menimpa arw4h suami, Abdul Rahim, sekadar untuk mengimbas memori dvka yang pernah tercatat dalam kamus kehidupannya.

arwah suami

“Saya simpan keratan akhbar berita kem4tian arw4h suami sampai sekarang. Masa arw4h men1nggal dun1a, anak-anak saya kecil lagi iaitu tujuh tahun, lima tahun dan setahun lebih. Hanya yang sulung saja tahu membaca.

“Saya simpan ia sebagai kenangan dan mahu bagi anak-anak baca bila mereka dah besar.

“Tanggal 12 Februari baru-baru ini genap 10 tahun pemergian arw4h dan saya kongsi satu video mengenai tr4gedi itu di TikTok kerana nak mengimbas kembali detik dvka itu,” kata wanita berusia dalam lingkungan 40an ini.

Berkongsi mengenai tragedi tersebut, Izah berkata masih segar dalam ingatannya ketika dia menerima panggilan sekitar pukul 3 pagi daripada adik ipar memaklumkan suaminya kemal4ngan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Izah bersama tiga anak-anaknya bersama arw4h suami.

“Adik ipar tak beritahu keadaan suami dan hanya minta saya ke hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital, saya berdoa moga tiada apa-apa yang serius.

“Tapi bila sampai, saya boleh agak situasi arw4h agak teruk sebab ahli keluarga menangis dan lihat petugas hospital pun kalut. Apabila diberitahu suami men1nggal dun1a, rasa macam kaki tak jejak tanah. Kosong dan tergamam,” ceritanya yang kini menetap di Kuala Lumpur.

Mengakui peritnya kehilangan suami ketika anak-anak masih kecil, Izah berkata dia mengambil masa enam bulan untuk bangkit membina kembali semangatnya yang hilang.

Tidak pernah terlintas dalam mindanya untuk mencari pengganti ketika itu kerana tumpuannya hanyalah bekerja mencari rezeki untuk membesarkan tiga anak perempuannya.

kubur

Izah dan anak-anaknya sering meluangkan masa menziarahi pusara arw4h di Pontian.

Namun takdir Tuhan, dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang mampu menerima diri dan anak-anaknya dengan hati terbuka, dua tahun selepas pemergian arw4h suami.

“Kami hanya berkawan biasa, tapi tengok penerimaannya, caranya dengan anak-anak, saya terbuka hati. Sebelum ambil keputusan untuk berkahwin semula, saya fikir anak-anak.

“Bagi saya, kalau ada jodoh, biarlah Allah temukan dengan orang yang terima anak-anak. Allah makbulkan permintaan itu. Tak perlu berharta, cukup dapat terima anak-anak sebab anaklah harta saya.

“Sepanjang lapan tahun hidup dengan suami baru, anak-anak tak anggap dia macam bapa tiri. Macam bapa kandung juga. Apa-apa tak dapat dekat saya, mereka minta pada ayah.

Bagi saya, kalau ada jodoh, biarlah Allah temukan dengan orang yang terima anak-anak. Allah makbulkan permintaan itu.

IZAH

“Saya selalu bercerita dengan mereka pasal arwah sampai sekarang. Setiap kali balik kampung di Pontian, kami pasti ke kubvr. Kadang-kadang bila lama tak balik, mereka yang request nak pergi kubvr,” ujarnya yang dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan keduanya.

Sama sekali tidak menyangka perkongsiannya meraih sehingga melebihi 522,000 jumlah tontonan, Izah berkata dia sebak membaca komen netizen yang turut sama pernah merasai keperitan kehilangan insan bergelar suami.

“Tapi ada pula yang komen seolah-olah saya tak jaga hati suami sekarang. Sebenarnya, suami saya yang benarkan buat perkongsian itu. Dia tahu arw4h pernah hadir dalam hidup saya dan kini arw4h telahpun di negeri abadi.

suami baru

Izah bersyukur bertemu pengganti yang menerima diri dan anak-anaknya seadanya.

“Dia juga yang selalu nasihatkan saya agar tak lupa selit doa untuk arw4h setiap kali solat.

“Ada juga yang komen soal bertemu pengganti. Jujurnya, jodoh di tangan Tuhan… siapa kita nak menidakkan ketentuan Tuhan?

“Saya bersyukur kerana Allah hadirkan insan yang baik selepas arw4h. Ada yang komen, nanti tak boleh dah jumpa arw4h di ‘sana’ sebab kahwin lain. Tapi saya tetap berdoa, moga ada peluang untuk bertemunya di sana kelak,” katanya lagi.

Komen Netizen:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*