Tun M tulis surat kepada pengundi Johor, isi kandungan buat Bossku terus respond

TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, setiap undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan menentu parti mana yang akan menerajui kerajaan negeri.

Menerusi surat yang ditujukan kepada pengundi Johor, bekas perdana menteri itu berkata, pilihan yang dibuat adalah amat penting, selain memberi kebaikan kepada rakyat, tidak akan merugikan bangsa, agama dan tanah air.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyedari wujud dalam kalangan pengundi satu perasaan bahawa PRN Johor tidak akan memberi k3san apa-apa tidak kira siapa yang berjaya menerajui negeri.

“Di sini ingin saya memberi pandangan bahawa k3san PRN Johor ini kepada pilihan raya umum amat besar dan tidak boleh diambil ringan.

“PRN ini telah dirancang oleh kumpulan yang dikenali sebagai kluster mahk4mah dan klept0krat dari Umno.

“Tujuan mereka ialah untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di negeri-negeri sebagai langkah awal sebelum pilihan raya umum ke-15.

“Perancangan mereka ialah apabila menang di pilihan raya umum nanti, mereka akan dapat mengguna kedudukan untuk menyelesai k3s-k3s salah guna kuasa, pencur1an wang dan harta rakyat,” dakwanya.

Dr Mahathir berkata, terdapat pengundi yang memaklumkan bahawa kumpulan kluster mahk4mah dan klept0krat tidak bertanding pada PRN Johor.

“Memang benar tetapi mereka yang bertanding di atas tiket Umno dan Barisan Nasional akan memberi kekuatan kepada kluster mahkamah dan kleptokrat,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, Pejuang menyertai PRN Johor dan akan berusaha menyekat kleptokrat dan kluster mahkamah mencapai perancangan mereka.

“Rakyat Johor telah menolak calon-calon Umno dan BN di dalam pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2018 kerana mereka tidak mahu bertindak dan mendesak Datuk Seri Najib Razak untuk melepas jawatan dan sebaliknya terus mempertahannya. Kali ini, mereka masih lagi mempertahan kleptokrat.

“Saya pasti pengundi Johor akan bersama Pejuang untuk menyekat perancangan mereka,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi PRN Johor.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilaporkan berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN.

Dalam pada itu, Najib terus memberi reaksi kerana nama dia juga termasuk dalam Surat Tun M

“Eh.. dia kembali ratib nama saya dah.”

“Maksudnya dia benar-benar dah pulih tu.”

“Terbaik!”

“Semoga Allah kurniakan k3sihatan yang baik pada Tun Mahathir dan Allah permudahkan semua urusan beliau.”

https://www.facebook.com/TunDrMahathir/posts/514734503353748

Berikut tulisan penuh Tun M di laman Facebook rasmi milik beliau

“Surat Kepada Pengundi Johor

“Ada pengundi yang berkata bahawa kumpulan kluster mahk4mah dan klept0krat tidak bertanding di dalam PRN Johor. Memang benar tetapi mereka yang bertanding di atas tiket UMNO dan “Barisan Nasional akan memberi kekuatan kepada kluster mahk4mah dan klept0krat.

“Kali ini, mereka mash lagi mempertahan klept0krat. Kerana itu parti saya, Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) menyertai PRN Johor dan akan berusaha menyekat klept0krat dan kluster mahk4mah mencapai perancangan mereka.

“Saya pasti pengundi Johor akan bersama Pejuang untuk menyekat

perancangan mereka.

“Saya akan menulis lagi kepada saudara dan saudari, InsyaAllah.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*