“Tapi tidak la berhubung selalu. Ada juga..” Wan Sharmila cerita hubungan sebenar dia dgn Shuib

Petaling Jaya – Sebab sebuah video memperlihatkan anak perempuan Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra memeluk seorang wanita, nama pelakon Wan Sharmila pula dipetik netizen.

Rata-rata netizen mula membuat spekulasi bahawa wanita m.isteri itu adalah pelakon drama 7 Hari Mencintaiku.

Bagaimanapun Wan Sharmila atau mesra disapa sebagai Lala tampil menjelaskan bahawa dia bukanlah individu dalam video tersebut.

“Percaya ke itu Wan Sharmila? Apabila saya tengok video itu, tak rasa terkejut pun. Saya akui memang ada iras saya lebih kurang muka kami.

“Tapi yang pasti, wanita itu bukan saya. Mungkin dari sisi tepi itu nampak sama, sebab itu netizen petik nama saya,” katanya sebelum ini.

Sebelum ini, nama Wan Sharmila disebut sebagai wanita dalam video anak perempuan Shuib dan a.rwah Siti Sarah.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram a.rwah Sarah, Talita, 9, dilihat begitu mesra memeluk wanita yang identitinya dirahsiakan.

Saya kenal Shuib sebab pernah bekerjasama. A.rwah Siti Sarah pun baik dengan saya. Bukanlah kawan rapat tapi baik sebagai rakan selebriti.

“Masa arwah menin.ggal dunia, saya ada la ucap takziah pada Shuib. Tapi tidak la berhubung selalu. Ada juga tegur-tegur biasa saja,” ujarnya.

Menerusi temubual bersama sebelum ini, Shuib mengaku sedang berkawan rapat dengan seorang wanita namun hubungan tersebut belum serius.

Sementara itu, Wan Sharmila memberitahu dia ada sedikit kebimbangan sekiranya andaian netizen boleh menggores hati wanita yang sedang berkawan dengan Shuib. Wan Sharmila tidak kisah namanya dipetik netizen.

“Saya tak kisah pun nama dipetik cuma harap netizen tidak berkata lebih-lebih, bimbang menyinggung perasaan orang lain.

“Takut juga nanti wanita yang memang tengah berkawan dengan Shuib, terasa hati pula asyik nama saya saja disebut. Lagipun saya sendiri tak pernah terfikir pun saya ini sesuai dengan Shuib bagai langit dan bumi,” katanya.

Dekta Luang Masa Dengan Aunty Lala

Betul Netizen Teka

Biodata Wan Sharmila, Pelakon Drama Senafas Rindu

1. Nama penuhnya, Wan Sharmila binti Wan Muhamed.

2. Lahir pada 12 Oktober 1981 di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Kini berusia 38 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Anak bongsu daripada dua adik-beradik.

5. Anak kepada pasangan Wan Muhamed Wan Abdul Aziz (bapa) dan Raidah Abdul Aziz (ibu). Ibunya meninggal dunia pada 5 Julai 2015.

6. Merupakan anak saudara kepada pelakon Wan Maimunah.

7. Hobinya menunggang kuda.

8. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

9. Asalnya Wan Sharmila seorang model majalah dan pernah juga menyara kehidupan sebagai kerani di sebuah syarikat guaman.

10. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2005.

11. Bergelar pelakon, pengacara dan model.

12. Pernah membintangi filem Raya Tak Jadi, Bisikan Syaitan, Romeo Kota dan Mat Moto Otai.

13. Juga drama Emil Emilda, Sutun Kembali Lagi, Rona Roni Makaroni, Sindarela, Kisah Kaisara musim kedua, Tari Tirana, Apa Celop, Nora Elena, Rock Kapak, Debunga Lalang, Kusinero Cinta, Ariana Rose, Tuan Anas Mikael, Cinta Si Wedding Planner, 7 Hari Mencintaiku, Sayang Papa Saya Tak, Isteri-Isteri Ayah, Dekatkan Jarak Kita, Cinta Tiada Ganti, Bahagia Bukan Bidaan, Senafas Rindu dan banyak lagi.

14. Termasuk telefilem, antaranya Sutun 2, Santau Keramat, Jangan Hantar Aku Ke Neraka, Boona Boonie, Dendam Maya, Najwa Najiha, Tercipta Untukku, Hajat dan Arah Lain Ke Syurga.

15. Menamatkan zaman solonya dengan jejaka bernama Fazli Bahrom pada tahun 2007, bagaimanapun perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka memilih untuk bercerai pada 23 Oktober 2009.

16. Pernah menjalani pembedahan tulang belakang pada Julai 2017.

17. Merupakan sahabat karib kepada pelakon Sari Yanti.

Kredit : Mstar/OM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*