Wan Sharmila Mengaku Seronok Luangkan Masa Dengan Talita. Mohon Doa Yang Baik-baik

KETIKA nama dikaitkan kononnya bakal menjadi ibu t1ri kepada anak-anak Shuib, pelakon Wan Sharmila bagaimanapun mended4hkan dia baharu pertama kali berjumpa dengan anak pelawak itu, Dzahira Talita Zahra sambil memuji sikap kanak-kanak berusia sembilan tahun tersebut.

Wan Sharmila atau mesra disapa sebagai Lala berkata Talita seorang yang kelakar, anak yang baik malah pandai menghormati orang lain.

Gembira dapat meluangkan masa, pemilik nama Wan Sharmila Wan Mohamed turut bersyukur dia dan Talita serasi bersama.

Wan Sharmila 1

Wan Sharmila seronok dapat luangkan masa dengan Talita.

“Alhamdulillah, saya pertama kali berjumpa dengan Talita. Dia seorang anak yang baik, pandai menghormati orang dan pandai buat orang gelak.

“Macam yang saya tulis di Instagram juga, Alhamdulillah dia sudi la geng dengan saya. Seronok dapat luangkan masa bersama,” katanya kepada mStar.

Menerusi perkongsian video di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin pada Rabu, Talita dilihat bertemu dengan Wan Sharmila di sebuah pusat beli belah.

Seronok dapat luangkan masa bersama.

WAN SHARMILA

PELAKON

Rata-rata netizen mengakui turut berasa seb4k menonton pertemuan Talita dengan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu.

Sebelum ini, nama Wan Sharmila ‘dipetik’ kononnya merupakan wanita yang memelvk anak perempuan pelawak Shuib dan arwah Siti Sarah.

Bagaimanapun menerusi temu bual bersama mStar, Wan Sharmila menafikan dia adalah individu dalam video yang dilihat memelvk Talita.

Wan Sharmila 2

Wan Sharmila bersama Talita dan neneknya.

Dalam pada itu, Wan Sharmila enggan mengulas lebih lanjut mengenai pertemuaan mereka kerana bimbang disalahertikan oleh mana-mana pihak.

“Kalau boleh, saya tak nak ulas lebih lanjut mengenai perjumpaan itu. Bimbang nanti orang boleh salah faham pula.

“Apa-apa pun, doakan yang baik-baik untuk saya dan juga Talita sekeluarga,” ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*