‘Banyak Benda Jadi Sebelum Ini, Mungkin Ini Allah Nak Balas’ – Tak Menang Vokal Terbaik ajl36, Ini Kata2 Marsha

Lagu ‘Cinta’ nyanyian Marsha Milan berjaya dinobatkan sebagai Naib Juara AJL36, semalam. Bukan itu sahaja, penyanyi kelahiran Sabah ini turut merangkul anugerah Persembahan Terbaik. Kemenangan yang diraih oleh Marsha ternyata disokong oleh semua pihak yang menyaksikan anugerah berprestij tersebut.

Tak tahu nak cakap apa

Menurut Marsha, dia berterima kasih kepada semua yang sentiasa ada di sisinya sepanjang perjalanan lagu ‘Cinta’. Seperti finalis yang lain, Marsha tidak meletakkan apa-apa harapan untuk AJL36. Namun, dia berjanji akan memberikan yang terbaik buat semua yang menyaksikan anugerah tersebut. Tambah Marsha, dia tidak sangka berjaya merangkul dua anugerah sekali gus semalam. Ujarnya lagi, Akim dan Stacy merupakan insan yang penting bagi lagu ‘Cinta’. Tanpa mereka berdua, lagu ini tidak akan wujud dan berada di tahap ini.

Terima kasih Ya Allah. Mungkin sebelum ini banyak benda jadi dekat Marsha dan mungkin ini juga Allah nak balas semula. Terima kasih semua yang menyokong dan buat Akim dan Stacy terima kasih kerana berjaya buat lagu ini berada di sini.

You go girl!

Wow Marsha gave all she had tonight! Tepokkkkkkkkkk! Simple and all about her. U go girl u deserve every minute of it! Ok aku memang bias sebab kawan ku! Ok fans aku sila la vote Marsha for cinta ok! I luv u all hahahaha tak pernah lagi aku pancing vote. Vokal terbaik Marsha atau Aina atau Haqiem.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Di Twitter, penerbit, pengarah dan pelakon Michael Ang memberi pujian buat Marsha semasa menyanyikan lagu ‘Cinta’ semalam. Menurut Michael, Marsha antara penyanyi yang mempunyai vokal yang mantap dan cara nyanyiannya penuh penghayatan. Tambah Michael Ang, Marsha layak untuk menang dan menerima anugerah semalam.

JURI BERITAHU SEBAB MENGAPA MARSHA MILAN TAK MENANG VOKAL TERBAIK AJL

“Jeritan penonton, tidak membantu (markah).”Itu kata ketua juri di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Datuk Mokhzani Ismail ketika diminta mengulas mengenai vokal penyanyi, Marsha Milan yang tewas kepada Aina Abdul untuk kategori Vokal Terbaik, malam tadi.

Mokhzani berkata, markah antara dua penyanyi itu sangat rapat.

“Antara Aina dengan Marsha, perbezaan markah mereka sangat tipis. Tapi, kita (juri) menilai dari semua sudut nyanyian.

“Walaupun ramai penonton menjerit, tapi telinga kami lebih peka dengan teknik nyanyian. Terima kasih juga kepada Datuk Syafinaz Selamat yang banyak membantu dari sudut itu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, teknik vokal perlu dilihat dengan secara meluas.

“Ia bukan sekadar melontar vokal, tapi lebih luas dari itu. Tidak syak lagi, hampir semua penyanyi sudah memberikan persembahan terbaik. Contohnya, Khai Bahar dan Aina, mereka adalah pasangan yang serasi. Harmoni mereka sangat sebati dan terasa di jiwa. Namun, apabila kita nilai dari semua sudut, untuk vokal terbaik ia berpihak kepada Aina dan sedikit lebihan markah daripada Marsha,” katanya.

Aina yang menang kategori itu menerusi lagu Sepi ciptaannya sendiri berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 serta trofi.

Sumber: Michael Ang

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*