“Bang, boleh tak saya nak tolong?”-Budak 10 tahun berani tawar diri urus ‘baju terakhir’ bapa.

TERNYATA bukan mudah untuk menerima pemergian insan tersayang kerana dijemput Ilahi.

Apatah lagi kanak-kanak yang masih muda dan semangatnya belum cukup kuat untuk menerima hakikat.

Namun situasi yang dilalui seorang kanak-kanak berusia 10 tahun berdepan dengan jen4zah bapanya di luar jangka.

Ia disaksikan sendiri oleh pasukan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) yang menguruskan jen4zah lelaki berusia 47 tahun.

Pengerusi Eksekutif SPJM, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata, beliau dimaklumkan oleh skuadnya bahawa arw4h men1ngg4l dunia selepas terlibat dalam kem4lang4n kerana ser4ngan jantung pada Jumaat.

Menurutnya, ketika skuad sedang menyiapkan kain untuk mengkafankan jen4zah, mereka didatangi dua anak arw4h yang menawarkan diri untuk membantu.

Salah seorang daripadanya berusia 10 tahun yang kemudiannya memberanikan untuk bersuara.

“Bang, boleh tak saya nak tolong?” kata Muhammad Rafieudin mengimbas kembali pertanyaan anak arw4h.

Lebih dikenali sebagai Ustaz Rafie, katanya, kanak-kanak itu merupakan anak kedua daripada tiga beradik termasuk dua adik-beradik lelaki berusia 23 tahun dan sembilan tahun.

“Anak arw4h berusia 10 tahun bantu bentangkan ‘baju terakhir’ (kain kafan) buat ayahnya.

“Masya-Allah, beruntungnya arw4h mempunyai anak yang begitu menyayanginya dan berani tidak seperti kanak kanak yang seusia dengannya tidak mengerti apa apa.

“Berdepan hari kem4t1an ibu bapa bagaikan satu mimpi ngeri buat setiap insan yang bergelar anak. Mahu atau tidak, tiada siapa mampu menghalang ketentuan itu,” katanya sambil menambah arw4h menetap di Ampang, Selangor.

Pengurusan jen4zah sebelum dikebumikan. foto SPJM

Menurut Ustaz Rafie, k3semua anak arw4h membantu menguruskan jen4zah, dari menuntut jen4zah, mandi dan mengkafankan sehingga mengebumikannya.

Tambah beliau, arw4h yang merupakan pemandu kenderaan e-hailing Grab sepenuh masa dan pernah berkhidmat sebagai pengurus bangunan sebelum menghid4p peny4kit jantung.

Berdepan hari kem4t1an ibu bapa bagaikan satu mimpi ng3ri buat setiap insan yang bergelar anak. Mahu atau tidak, tiada siapa mampu menghalang ketentuan itu.

“arw4h terlibat dalam satu kem4lang4n di persimpangan lampu isyarat berhampiran Hospital Ampang pada Khamis malam dan disahkan men1ngg4l dunia setelah hampir tiga jam diberi raw4atan di hospital.

“Jen4zah telah diuruskan di Forensik Hospital Ampang oleh skuad dan dibantu waris sebelum dibawa ke kampung di Pekan Nanas, Johor untuk dikebumikan,” katanya mengenai jen4zah selamat dikebumikan kira-kira 9 pukul pagi Sabtu lalu.

Ustaz Rafie.

Mengenai kisah jen4zah yang turut dikongsikan di Facebook SPJM, Ustaz Rafie berkata, anak sulung lelaki arw4h berusia 23 tahun yang dipanggil Along menetap di Johor bersama abang arw4h.

Seperti mengetahui aj4lnya semakin hampir, arw4h memberi ‘pesanan’ kepada anak sulungnya supaya membatalkan hasrat untuk ke Kuala Lumpur, pada minggu lalu.

“Along tak payah balik, tunggu kat kampung. Minggu depan ayah balik,” kata Ustaz Rafie yang memetik perbualan arw4h bersama anak sulungnya yang bakal melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*