“Boringlah Xde Org Kutvk..,” Zizi Kirana Muncul Dengan Lagu Rap Versi Muslimah, Menari Sikit-Sikit Je Tak Sel1ncah Dulu

Dua tahun dan kini akhirnya Zizi Kirana muncul dengan single terbaharu, Pijak.

Pertama kali menyanyi rap dengan imej berhija, Zizie mengaku dia bimbang dengan penerimaan orang ramai.

“Sejujurnya sebelum dilancarkan saya nervous, saya takut macam mana penerimaan orang di luar, saya terfikir bolehkah mereka terima saya menyanyikan lagu rap.

“Benda ni sentiasa bermain di kepala tapi Alhamdulillah orang sekeliling memberikan kata-kata semangat, jadi saya ikut saj4lah. Apabila berpenampilan begini kita pun tahu apa yang perlu dibataskan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

“Semestinya lagu baharu ini ada cabarannya kerana saya sudah berubah imej dan menjadi isteri orang, kita kena tahu la batasan, di mana pergerakan dan tarian dah tak boleh selincah macam dulu.

“Kami satu pasukan duduk berbincang dan fikirkan apa yang sesuai… kalau bergerak pun sikit-sikit sahaja, yang penting mesej dalam lagu itu sampai kepada pendengar,” katanya kepada mStar.

Difahamkan lagu ciptaan hasil ciptaan Zizi bersama Navigator dan Mambang itu adalah k3sinambungan kepada lagu Eh menceritakan mengenai orang yang mengambil k3sempatan di atas kebaikan dan kelemahan orang lain.

Video muzik (MV) lagu berkenaan sudah boleh ditonton di saluran YouTube Zizi Kirana sejak 25 Februari lepas.

Sementara tu Zizi gembira apabila orang ramai  masih boleh menerima dirinya sebagai penyanyi rap.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

“Alhamdulillah tak ada pun komen kec4m MV itu, sampaikan admin yang menguruskan YouTube pun terkejut tengok semua tulis komen positif… dia siap mengusik saya katanya boringlah tak ada orang kutuk.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*