‘Berjuta Kali Dah Kahwin’- Diana Danielle Ulas Pengalaman Berkahwin Dalam Lakonan

Pelakon veteran  jelita tanah air, Diana Danielle baru ini memuatnaik beberapa foto disebalik tabir drama She Was Pretty di Instagram nya.

Aktres ini mengulas tentang pengalamannya melakonkan adegan perkahwinan bukan kerja yang mudah, kerana ia merupakan skala yang besar serta perlu melakonkan babak tersebut mengikut urutan.

Harungi Rasa Cringe Demi Sebuah Cerita

Dalam penulisannya di Instagram, meski semasa berlatih berlakon untuk adegan perkahwinan tidak lari dari rasa (cringe) namun demi menghasilkan sebuah cerita yang terbaik sebagai seorang pelakon rasa tersebut perlu diharunginya.

Foto – (IG) @dianadanielleb

“Sebenarnya babak perkahwinan adalah meny4kitk4n.

Skala dia besar, masa untuk siapkan satu urutan tu sehari semalam.

Berjuta kali dah kahwin sepanjang jadi pelakon ni, rupa pun macam main kahwin-kahwin masa kecil-kecil kat kampung.

Bila berlakon, amboi tenung macam cinta m4ti lah konon. Bila berlatih perasaan memasing ‘cringenyaaa’ tapi demi sebuah cerita kita harungi jua

sedikit di sebalik tabir untuk #shewaspretty @viumalaysia” dedahnya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Peminat Terhibur Lihat Foto Sebalik Tabir

Foto disebalik tabir yang dikongsikan Diana buat peminat tertarik dan terhibur apatah lagi menerusi gambar tersebut ramai peminat aktres ini memberi komen cukup menarik.

“Nampak jelas kecringeringannya di situ, tak sabar nak tengok”

“Ni yang versi Melayu, drama korea sama tajuk ke?”

“Itulah. Selalu fikir tahan betul dia orang ni tak tergelak ke apa.”

“Penuh dengan gelak je… Mesti banyak kali ‘take’ tu” komen mereka

Foto – (IG) @dianadanielleb

Selain itu, ada juga yang bertanya bila drama tersebut akan bersiaran. Menurut Diana drama bersiri adaptasi dari drama Korea ini akan mula bersiaran pada pertengahan tahun ini nanti.

“Bila mula ni” soal peminat

“InsyaAllah pertengahan tahun ni” jawab Diana

Sekadar info, drama Korea She Was Pretty yang popular pada tahun 2015 ini, kini dihasilkan semula dalam versi Malaysia dan disiarkan menerusi penstriman dalam talian terkenal Viu Malaysia.

Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, dan ramai lagi barisan selebriti terkenal lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*