“Saya Dah Beri Yang Terbaik..” Syafiq Abdilah Akui Terasa Hati Komen Ped4s Micheal Ang

Digelar ‘fashion victim‘ oleh pengarah Michael Ang, penyanyi Syafiq Abdilah mengakui ada kala penampilan di pentas Big Stage 2022 kurang sesuai dengan imej dirinya.

Biarpun mengakui sedikit terasa hati dengan komen tersebut, namun penyanyi berasal dari Brunei itu mengambil ia secara positif.

Malah, Syafiq atau nama sebenarnya Mohammad Syafiq Abdillah Soony berkata imej pelik itu juga akan membuatkan orang mengingatinya.

Syafiq 1

Syafiq menyampaikan lagu Jeritan Batinku di minggu suku akhir Big Stage 2022.

“Saya rasa semua orang berhak untuk memberi pandangan. Menarik juga untuk tahu apa yang dia fikirkan tentang penampilan saya.

“Tapi saya akui mungkin sepanjang berada dalam Big Stage ini ada la yang tak berapa sesuai. Saya rasa, team wardrobe sudah lakukan yang terbaik.

“Pada awalnya, ada la sikit terasa hati dengan komen itu tapi saya fikir, ini hanya pertandingan. Tak kisah apa, saya hanya mahu lakukan yang terbaik.

At the end of the day, saya punyai fesyen pelik akan buat orang akan ingat saya juga,” kata Syafiq kepada mStar.

Tak kisah apa, saya hanya mahu lakukan yang terbaik.

SYAFIQ ABDILAH

PENYANYI

Pada konsert minggu suku akhir Big Stage 2022 yang diadakan pada Ahad lalu, Michael Ang selaku juri ped4s menegur imej Syafiq yang dilihat seperti mangsa fesyen.

Konsert yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu juga menyaksikan Syafiq dan penyanyi Megat Rahim tersingkir.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun ini memberitahu dia tidak berasa kec3wa dengan penyingkiran itu malah gembira kerana berjaya bertahan sehingga minggu keenam.

Mengakui masih ramai tidak mengenali dirinya, Syafiq tetap meluahkan rasa syukur dengan sokongan daripada peminat di Brunei serta Malaysia.

Syafiq 2

Syafiq tidak kec3wa tersingkir.

“Saya tak rasa kec3wa sebab memang saya pun tak sangka akan sampai ke tahap ini. Datang dari Brunei, sudah tentu saya sendiri ragu-ragu untuk sertai pertandingan ini.

“Tapi saya gembira sebab sampai ke tahap ini. Ramai yang nak berada di posisi saya sekarang. Saya pun masih baru dalam industri.

“Mungkin ramai tidak mengenali saya sebab itu undian tidak memihak kepada saya. Tapi saya tetap bersyukur ada peminat Brunei dan Malaysia support saya.” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*