Hasrat luang masa bersama tak kesampaian, ibu Que Haidar men1ngg4l dunia

IBU kepada pelakon Que Haidar men1ngg4l akibat cov1d-19 kira-kira pukul 1.20 pagi Ahad di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu, Johor.

Berkongsi berita sed1h itu, Que turut memaklumkan ibunya Allahyarham Rahmah Hussein turut menghidapi peny4kit lain seperti kenc1ng manis, masalah jantung dan dar4h tinggi sejak beberapa tahun lalu.

“Kakak menghubungi saya memaklumkan keadaan ibu yang naz4k. Arw4h sempat mengadu s4kit dada kepada kakak sebelum men1ngg4l dunia,” katanya.

Mendapat perkhabaran tersebut pada Sabtu, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Teng Haidar, 43, segera pulang ke Johor.

que 2

Que sempat membawa ibunya berjalan-jalan pada Januari lalu

“Saya segara pulang ke kampung memikirkan arw4h ibu masih kuat ketika itu.

“Semasa diberitahu, abang saya juga ada maklumkan jantung ibu kembali stabil selepas empat kali terkena ser4ngan jantung. Namun Allah lebih sayangkan ibu,” ceritnya.

Arw4h sempat mengadu s4kit dada kepada kakak sebelum men1ngg4l dunia

QUE HAIDAR

PELAKON

Que sempat tiba di hospital pada pukul 6 petang semalam.

Menurut Que lagi, kali terakhir dia bertemu ibunya adalah pada Januari lalu.

Dia yang merancang untuk meluangkan masa bersama arw4h pada hujung bulan ini turut meluakan rasa kesal kerana tidak sempat berbuat demikian.

“Kebetulan saya terlibat dalam penggambaran di Mersing pada hujung bulan ini, jadi perancangan mahu meluangkan masa bersama ibu, Namun tidak kesampaian,” ujarnya.

Jenazah Allahy4rham Rahmah akan dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Felda Taib Andak, Kulai, Johor.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*