Selepas Terbabit Dalam ‘Bab4k Pan4s’ Bersama Zul Ariffin,Ini Yg Terjadi Di IG Siti Hariesa

Sejak semalam, tular di media sosial satu video yang dimuat naik pelakon Zul Ariffin yang memperlihatkan beberapa ‘bab4k pan4s’ dari satu drama terbaharu lakonannya iaitu Perempuan Itu.

Menerusi video tersebut, Zul dilihat melakonkan aksi-aksi pan4s itu dengan seorang pelakon baru, Siti Hariesa yang disifatkan netizen mirip babak dari drama dan filem dewasa luar negara.

Ins1den ini menyebabkan kedua-dua pelakon ini termasuk penerbit, Erma Fatima dikec4m hebat apatah lagi karya ini akan mula ditayangkan pada bulan Ramadan.

Berikut kenyataan media TV3 berkaitan video petikan drama Perempuan Itu yang tular di media sosial

“Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi. Malahan adegan tersebut juga tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.”

Netizan tampil menegur

“Babak pan4s mungkin tak ditayang di TV, hanya untuk publisiti…”

“Dia macam ni. Janganlah kerana kita nak kejar rating tinggi, nak viral, nak publisiti, nak kaya, nak duit banyak, kita bertindak melampau hingga sanggup menggadaikan hukum Allah dengan d0sa terang-terangan.

“Tertengok babak tu saya rasa tak patut nak bersangka baik apa pun weyyyyyy

“Kalau kita boleh kaya dengan cara bad marketing and bad publicity sekarang, kita tak boleh lupa hakikat kita akan miskin pada waktu akhirat nanti akibat kem4ksi4tan yang dibuat ni.

Rasulullah gambarkan pada akhir zaman ini akan wujud suatu masa yang mana z1na berleluasa dan dianggap biasa dikatakan boleh tengok orang berz1na di tepi jalan.

“Pada masa tu orang yang baik hanya mampu beri nasihat, “Kalau kau nak berz1na, tolonglah berz1na dalam bilik supaya orang tak nampak…..”

Sampai tahap tu

Serius ke boleh tengok orang berz1na di tepi jalan je? Tak logik betul.

Mana ada tak logiknya. Sikit demi sikit hal-hal sek$ual ni dipertontonkan dan dinormalisasikan, daripada adegan sentuh, pegang tangan, tidur berdua, ehhhh lelaki tak pakai baju duduk dengan perempuan, ini pula adegan buat persetubuhan pula dilakonkan dan bakal ditayangkan, tak pelik langsung pun kalau suatu masa nanti orang tak berz1na pula jadi pelik. Na’uzubillah minzalik.

Astaghfirullahal ‘azim….

“Berlakon je takpe….” Entah berapa kali nak kena ingatkan pasal niat tak menghalalkan cara. Pelakon yang buat adegan tu bukan pasangan suami isteri bersentuhan sampai tahap nak kena buat adegan yang hanya suami isteri saja layak tahu dan layak buat. Kesalahan tu berganda-ganda

Orang kita ni apa saja orang k4fir buat kita nak buat. Tuhan kita adalah Allah, janganlah sampai tahap orang nampak kita ni buat kerja dengan cara bertuhankan orang k4fir, rating, marketing, publisiti dan duit…

Kita usaha macam-macam nak baikkan masyarakat, tetapi ada orang sebegini bermudah-mudah je merosakkan masyarakat

Babak tu walaupun tak akan ditayang di TV, lakonan itu telahpun dilakukan, rakamannya sudah pun disebarkan oleh salah seorang pelakon lalu dirakam dan disebarkan lagi dan lagi. D0sa kekal tu sampai m4ti, sampai ke liang lah4d, sampai akh1rat, semua tu az4b tu… Allahu 

Ya Allah, jauhkanlah kami, keluarga kami dan keturunan kami daripada menjadi sebahagian daripada mereka yang sebegini. Aameen.

#KisahMasyarakat FB Syahr Musafir Sabtu 19/03/2022

Terbabit Dalam ‘Babak Pan4s’ Bersama Zul Ariffin, Jumlah Followers Siti Hariesa Di Instagram Naik Mendadak

Sejak semalam nama pelakon Siti Hariesa tiba-tiba menjadi sebutan ramai apabila terbabit dengan ‘babak pan4s’ menerusi drama Perempuan Itu.

Ternyata, ia turut memberi impak kepada pelakon yang dikenali menerusi DFKL 2019 itu apabila jumlah followersnya di Instagram naik mendadak.

Ketika video berkenaan mula menjadi viral di media sosial, followers Instagram pelakon berkenaan hanyalah sekitar 8,552 sahaja.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis jumlah followers miliknya terus meningkat kepada 12,800 dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Sehingga kini, video yang membabitkan Zul dan Siti Hariesa itu terus menjadi bualan netizen, meskipun Zul sudah bertindak memadamnya.

Malah, ketika ini kedua-dua pelakon yang terlibat juga belum membuat sebarang kenyataan mengenai Perkara berkenaan

Beriktu Sedikit Biodata Siti Hariesa

Nama Popular: Hariesa DFKL

Asal: Kuala Lumpur

Bangsa: Melayu

Agama: Islam

Kerjaya: Pelakon

Penglibatan: Bekas peserta DFKL 2019 / Perempuan Itu 2022 / Life Lila 2022

Drama: Utusan Cinta Buat Adam (2019) / Perempuan Itu 2022 / Life Lila 2022

Laman Sosial:

Instagram: Laman Rasmi instagram

Untuk pengetahuan, Hariesa dicungkil menerusi DFKL 2019 dan mula mendapat perhatian menerusi drama Life Lila dan Pink Smile; kedua-duanya ditayangkan di saluran TV3. Menariknya, raut wajah Hariesa selalu dikatakan mirip seorang lagi pendatang baharu, Siti Khadijah Halim oleh peminatnya.

Menteri Agama turut beri teguran

Isu ini kemudiannya turut menarik perhatian Menteri Agama, Datuk Idris Ahmad yang tampil memberikan teguran secara terbuka.

Menurut beliau, hiburan tidak dilarang dalam Islam, namun sekiranya ia melampaui batas dan boleh mencemarkan agama, ia tidak seharusnya dibiarkan.

“Apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas yang perlu ditegur.

“Industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin saya halangi, tapi jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ianya berlaku tanpa dinasihati,” tulis beliau di akaun media sosial miliknya.

Beliau yang mengakui terkejut dengan perkara tersebut kemudiannya memaklumkan akan menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.

Ia adalah scene director cut

Terbaharu, pengarah Perempuan Itu, Ain Sharif menerusi satu laporan mStar tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.

Menurut Ain, babak yang tular itu sememangnya arahan darinya namun ia hanyalah rakaman kedua yang mungkin tidak akan ditayangkan di kaca televisyen.

“Ya! Saya yang mengarahkan babak itu… adegan yang Zul kongsi itu adalah scene director cut yang mungkin tidak akan ditayangkan di televisyen. Apa yang netizen tonton itu rakaman second version jika sesuai untuk digunakan dan sekadar untuk tujuan publisiti,” jelas Ain Sharif.

Tak tahu Zul akan kongsikan

Malah dia juga tidak mengetahui yang Zul Ariffin akan berkongsi babak tersebut. Mengakui hanya menyedari berkenaan selepas video tersebut tular, Ain bagaimanapun mengambil tanggungjawab sepenuhnya sebagai pengarah.

“Saya tak tahu pula Zul akan berkongsi babak itu di Instagram. Saya pun terkejut bila dapat tahu orang bercakap tentang hal ini tapi benda pun dah jadi, sebagai pengarah saya kena ambil tanggungjawab ini.

“Sebenarnya adegan intim begitu tak sampai 10% pun dalam drama ini. Babak berkenaan dihasilkan untuk menggambarkan karakter Sera iaitu lakonan Siti Hariesa sebagai isteri kedua Emir (Zul Ariffin),” katanya dipetik dari mStar.

Mengulas lebih lanjut, Ain berkata babak ‘second version’ ini sebenarnya dihasilkan untuk menjadikan drama ini lebih menarik meskipun kata putus terletak di tangan stesen TV. Malah perkara itu sudah dibincangkan sebelum penggambaran dan turut mendapat persetujuan para pelakon.

“Sebelum penggambaran pun kita dah berbincang dengan pelakon dan mereka okay untuk lakonkan babak begitu. Kita buat rakaman second version itu bertujuan untuk menjadikan drama lebih menarik tapi semuanya terpulanglah kepada stesen nak pakai atau tidak,” ujar Ain lagi.

Mimi Lana akan bergandingan bersama Zul Ariffin dalam drama ini

Peka terdapat beberapa adegan yang agak sensitif di dalam drama itu, Ain bagaimanapun meminta orang ramai untuk menontonnya terlebih dahulu bagi memahami apa mesej sebenar yang ingin disampaikan.

“Saya hanya jalankan tugas sebagai pengarah dan berharap mesej cerita ini sampai kepada penonton sebab apa yang ditonjolkan dalam drama itu memang berlaku di sekeliling kita.

“Saya sedar ada sesetengah babak agak sensitif untuk penonton tapi mereka kena tengok dahulu dan fahamkan jalan cerita, baru mereka tahu apa yang kami cuba sampaikan, sebenarnya banyak mesej positif dalam drama ini,” katanya lagi.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai agar menghentikan kecaman terhadap Erma Fatima kerana bukan dia yang menvisualkan karakter.

“Ingin saya jelaskan, babak dalam drama ini tak ada kaitan dengan mama (Erma). Dia penulis skrip dan saya menvisualkan karakter mengikut penulisannya… semasa penggambaran pun Kak Erma berulang kali pesan jangan buat (aksi) daring sangat nanti tak boleh keluar televisyen.

“Dia tahu akan ada babak mereka bersama tapi tak jangkalah saya akan terjemahkan dalam bentuk begitu. Jadi tak wajarlah netizen kecam Kak Erma kerana babak itu adalah arahan saya,” jelasnya lagi.

Difahamkan, selain Ain drama Perempuan Itu turut diarahkan seorang lagi pengarah ternama, Isma Yusof.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*