Ini Pended4han Datuk Fazley Tentang Apa Yang Dilakukan Iqram Dinzley Terhadapnya

Rentetan isu berbalas kenyataan bersama pelakon, Iqram Dinzley, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mended4hkan hubungannya dengan rakan selebriti tersebut tidak akan pernah berubah.

Menurut Fazley, dia sebenarnya tidak berniat untuk menjadikan isu tersebut sebagai bahan sens4si, sebaliknya, ia hanyalah sekadar pandangan peribadi.

“Pada saya, Iqram akan sentiasa menjadi sahabat saya. Tujuan saya mengeluarkan kenyataan sedemikian bukan untuk menegur tapi sekadar memberikan komen dan pendapat.

“Setiap orang didalam industri ini bebas untuk memberikan pendapat. Prinsip saya tetap satu, tidak kiralah pelakon, penyanyi atau pemain muzik, kita semua satu keluarga. Saya ada abang long, kak long, pak teh dan macam-macam lagi.

“Bila saya memberikan komen, tiada langsung niat untuk menjatvhkan atau menjadikan isu tersebut sens4si. Apa yang saya dan Iqram katakan, isu ini bukan untuk diperdebatkan.

“Dia bebas untuk mengatakan apa sahaja. Begitu juga saya. Pada saya, dia masih sahabat,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu, Asmara Ini itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan menu baharu Tony Roma’s yang berlangsung di, Nu Sentral, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Fazley turut memaklumkan dirinya juga tidak mengambil hati dengan apa yang telah diperkatakan oleh Iqram kepadanya.

“Pada saya, apa yang dilakukan oleh Iqram, itu adalah kebebasan dia. Saya tetap menghormatinya kerana itu yang dia rasai. Saya tak boleh berkata apa-apa kerana saya bukan mengkrit1knya.

“Saya hanya menyuarakan apa yang ibu bapa rasakan. Pada saya, dia ada kebebasan untuk bersuara sebab itu platform dia sendiri. Apa yang dia nak cakap itu hak dia.

“Saya tak ambil hati pun dan saya harap dia juga begitu. Melainkan kalau saya memang mengkr1tik. Kalau saya krit1k, ia akan jadi ped4s tapi itu hanya lontaran pendapat,” komgsi lagi.

Ketika ada pihak yang menyifatkan tindakan Iqram itu sebagai keterlaluan, bapa kepada empat orang cahaya mata ini berpandangan, setiap orang punyai cara yang tersendiri untuk memberikan pandangan.

“Pada saya, itu memang cara dia. Setiap artis ada cara masing-masing. Ada yang bercakap ped4s, ada yang lembut dan ada juga yang bercakap tanpa mengira perasaan. Itu adalah content masing-masing.

“Kalau saya berjumpa Iqram di luar, dia masih macam orang biasa. Kami tetap bersahabat. Kalau itu cara mereka melontarkan pendapat, siapa kita nak menilai,” akhirinya.

Baru-baru ini, Fazley secara terbuka menyuarakan rasa kurang senang dengan kontr0versi yang dicetvskan oleh Iqram yang dikatakan sengaja menc3kik pelakon, Mona Ellen demi mempromosikan drama.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mendapat reaksi balas daripada Iqram yang mengatakan netizen pada masa kini sudah bijak menilai segala tindak tinduk para selebriti.

Malah, Iqram juga turut berkongsi foto tangkap layar daripada seorang netizen yang mengungkit kembali kisah kontr0versi pangkat doktor yang pernah dikaitkan dengan Fazley suatu ketika dahulu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*