Ini Pended4han Janna Nick Setelah Lagu ‘Gatal’ Vir4l Sampai Turki

SYUKUR dan bertuah itu yang diluahkan Janna Nick apabila lagu Gatal nyanyiannya tul4r di TikTok hingga menarik perhatian infuencer luar negara.

Menurut Janna, lagu ciptaan vokalis Drama Band iaitu Aepul Roza mempunyai kekuatan tersendiri sehingga melekat di telinga sesiapa yang mendengarnya.

“Alhamdulillah, saya sendiri memang tak jangka lagu itu menjadi vir4l di TikTok sehingga orang luar negara pun guna lagu tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Bagi saya, itulah kekuatan TikTok dan trendings. Selain itu, kekuatan pada lagu itu juga. Saya banyak terima komen kata lagu itu berhantu.

“Saya anggap ini rezeki yang menyebelahi saya… Alhamdulillah. Jadi, saya berterima kasih kepada Aepul yang cipta lagu itu,” katanya kepada mStar.

Saya anggap ini rezeki yang menyebelahi saya… Alhamdulillah.

JANNA NICK

PELAKON, PENYANYI & PENGACARA

Sebelum ini, tul4r video Asli Guler menggunakan lagu Gatal di akaun TikTok miliknya dan sehingga mendapat hampir 8 juta tontonan.

Rata-rata netizen Malaysia meninggalkan komen di ruang perkongsian itu teruja lagu nyanyian Janna itu mendapat perhatian sehingga ke luar negara.

Dalam perkembangan lain, Janna memberitahu dia sudah pulih daripada Covid-19 dan tamat menjalani kuarantin pada Khamis.

Janna 1

Janna selesai jalani kuarantin akibat Covid-19 pada Khamis.

“Semalam merupakan hari terakhir saya jalani kuarantin kendiri di rumah. Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin baik.

“Demam pun dah tak ada… tapi masih sakit tekak saja,” ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu lalu, Janna mended4hkan dia disahkan positif Covid-19 selepas melakukan beberapa kali ujian calitan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*