Reda bukan bermakna tiada t4ngisan! Isteri pramugara MH370 kongsi posting sentuh emosi ken4ng 8 tahun keti4daan suami

LAPAN tahun berlalu, kehil4ngan pesawat Malaysia Airlines (MAS) bagi penerbangan MH370 terus menjadi m1steri.

Namun, ins1den yang berlaku pada 8 Mac 2014 tetap segar di ingatan ramai terutama dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk keluarga bagi 239 penumpang dan anak kapal.

Antara individu yang tidak pernah putus berdoa dan berharap tentunya isteri kepada pramugara Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Intan Maizura Othaman, 42.

Wanita cekal ini berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suaminya melalui pemeriksaan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Rakaman berdurasi kira-kira 10 saat itu, turut memaparkan Mohd Hazrin segak berpakaian seragam pramugara MAS sambil membawa bagasi sebelum memulakan tugasan.

intan maizura mh370 1

Mohd Hazrin antara 239 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat MH370 pada 8 Mac 2014.

Menerusi luahan di laman sosial, Intan Maizura berkata, dia dan keluarga sentiasa merindui suaminya meskipun ins1den berlaku lapan tahun lalu.

“Lapan tahun berlalu, tiada kubvr hanya memori. Kami sentiasa rindu.

“FS (flight stewart) Mohd Hazrin 8hb Mac MH370, rindu kami tak pernah padam. Tunggu kami di pintu syurga,” tulis Intan di aplikasi TikTok miliknya, @intanmaizuraothaman.

intan maizura mh370 7

Memori yang dikongsi Intan Maizura menerusi aplikasi story di Instagram.

Mohd Hazrin adalah antara kru ketika pesawat MH370 hilang sewaktu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, Ch1n4 pada 8 Mac 2014.

Sementara itu, Intan yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi ‘memori MH370’ menerusi aplikasi story di laman Instagram miliknya @intanmaizuraothaman pada Selasa.

FS Mohd Hazrin 8hb Mac MH370, rindu kami tak pernah padam. Tunggu kami di pintu syurga

INTAN MAIZURA OTHAMAN

Antaranya ialah posting yang memaparkan foto suaminya dalam persalinan pakaian seragam dan bersongkok.

“Reda bukan bermakna tiada t4ngisan, tetapi penerimaan tanpa persoalan dengan apa yang Allah SWT tentukan,” tulisnya.

intan maizura mh370 2

Intan Maizura (kiri) bersama dua anaknya. foto FB Intan Maizura Othaman

Ini termasuk imbasan posting yang memaparkan foto anak lelakinya dalam satu majlis memperingati MH370.

“Good Night Malaysia Three Seven Zero (Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong,” menurut kapsyen Intan dengan emoji hati dan kapal terbang, merujuk perbualan terakhir antara pengawal trafik udara (ATC) dan kokpit pesawat MH370 yang hilang.

Perkahwinan Intan Maizura dan Mohd Hazrin dikurniakan seorang anak perempuan, Iman, 13 serta seorang anak lelaki, Muhammad, 8.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*