“Berapa Kali Pakcik Ni Kena K0rek T4hi Hidung”- Firdaus Wong Ulas Fitn4h Jeruk Masin Popular

Siapa yang tidak kenal dan makan jeruk masin jenama Mo Fa Kor dengan label wajah pemilik jeruk tersebut, jeruk ini juga sering digelar dengan nama panggilan jeruk t4hi hidung apek Cina dikalangan masyarakat tempatan.

Fitn4h Jeruk Masin

Gelaran pada jeruk tersebut menarik perhatian pendakwah terkenal, Firdaus Wong, untuk mengulas mengenai isu fitn4h dalam makanan apatah lagi jeruk kesukaan ramai itu telah difitn4h terlalu lama dan sebati dalam kalangan masyarakat tempatan.

Menurut Firdaus, jeruk masin ini sudah bertahan selama 76 tahun sehinggalah ke hari ini dan masih ada yang percaya bulat-bulat tanpa berfikir secara logik bahawa jeruk tersebut merupakan t4hi hidung apek Cina dalam label berkenaan.

“Jeruk masin ini sebenarnya bukan jeruk masin tetapi semua ini adalah t4hi hidung apek Cina tu.’

Nampak macam kelakar tetapi ada yang terpengaruh dan percaya. Kalau diikutkan logik, berapa kali pakcik ni kena korek t4hi hidung dan berapa banyaklah pakcik ni punya t4hi hidung untuk dijual macam ni?

Sebab itu saya merasa kesian pada pakcik ni dan juga yang percaya fitn4h ini kerana tidak berfikir secara logik dan sanggup diperbod0hkan. Jeruk masin ini bertahan selama 76 tahun sehingga hari ini.” Tulisnya

via Instagram @firdauswong
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Firdaus Wong Wai Hung (@firdauswong)

Netizen Banjiri Ruangan Komen

Melihat perkongsian dari pendakwah bebas ini, orang ramai mula membanjiri diruangan komen posting tersebut dan memberi pelbagai komen dan pandangan mengenai isu fitn4h jeruk masin popular ini.

“Rasanya orang tua dulu-dulu cakap macam tu untuk elakkan anak makan yang diragui. Taktik menakutkan. Mungkin dulu belum ada halal jakim”

“Tujuan asal tak nak bagi budak-budak makan asam.. Tapi satu Malaysia percaya tohm4han taik hidung ni”

“Pada saya dari kecil pun tak percaya tu t4hi hidung.. Cuma panggilan je sebab kan ada banyak jenis asam. Senang nak kenal” komen mereka

via Instagram @firdauswong

Apa pandangan anda pula?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*