Kif4rah itu benar, jangan main-main jadi OKU… Ras Adiba bagi satu cadangan buat Kak Long 7E untuk satu hari

PENGISIAN kandungan media sosial dengan berlakon menjadi orang kelainan upaya (OKU) menggambarkan masyarakat hari ini sudah mula melupakan soal adab.

Menurut Ras Adiba Mohd Radzi, 54,jika ia berterusan ia merupakan sesuatu yang men4kutkan.

“Ini sebenarnya adalah sesuatu yang begitu men4kutkan kerana kita mula lupa tentang adab.

“Apa yang harus kita lakukan adalah untuk duduk, bernafas dan lihat keadaan di sekeliling kita dan memerhatikan bahawa ada ramai orang yang mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.

“Jadi kita tidak boleh ambil mudah kerana setiap daripada kita suatu hari nanti akan menjadi OKU cuma waktu saja akan menentukan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Ras Adiba yang juga Senator Dewan Negara mewakili OKU baharu saja menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada Women of Excellence Awards 2021/2022 yang berlangsung baru-baru ini.

‘Kak Long 7E’ men4ngis mohon maaf, rayu tidak dib0ikot

PETALING JAYA – Seorang wanita dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ yang sebelum ini tular dalam media sosial merayu agar orang ramai supaya tidak memb0ikotnya.

Menerusi siaran secara langsung yang dimuat naik semula di akaun TikTok @sagittarius_women sekali lagi memohon maaf kepada orang ramai selepas videonya yang dikatakan meng3jek orang kel4inan upaya (OKU) tular.

Kak Long mengaku berada dalam keadaan yang sangat tertekan sehingga pernah terfikir untuk terjun bangunan tinggi.

“Maafkan Kak Long, jangan boikot Kak Long ada anak kecik (untuk ditanggung). Anak-anak sekolah, nak kena bayar yuran, belanja.

“Suami Kak Long tak boleh kerja sebab tak berapa sihat dan berada di hospital. Tolong jangan boikot Kak Long, minta maaf semua,” katanya sambil men4ngis.

Sementara itu, seorang lelaki dipercayai pempengaruh media sosial yang turut bersama-sama dalam sesi siaran langsung itu turut mendakwa Kak Long dikec4m teruk sehingga tidak dibenarkan berniaga.

“Ini buli siber jadi tolong berhenti (kec4m). Kami kasihan sampai tak boleh nak cari makan, nak buat review nak ke pasar malam pun tak boleh.

“Pergi pasar malam, orang m4rah, tak kasi berniaga. Empat hari Kak Long men4ngis cerita masalah dia. Maknya turut men4ngis. Kak Long tertekan sampai terpaksa makan ubat,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial menegaskan apa yang dilalui oleh wanita itu adalah kerana tindakannya sendiri.

“Salah dia sendiri, dia yang tutup pintu rezeki dia. Kenapa nak salahkan orang lain pula,” kata Zaiton.

“Cara dia yang sebenarnya (menyebabkan) pintu rezeki dia (tertutup), bukan salah netizen. Anggap ini ujian daripada Allah untuk berubah ke arah kebaikan,” kata Mana.

“Tiada siapa boikot dia, jangan lupa diri sendiri yang buka aib sendiri. Rakam dan sebarkan sendiri,” kata Ummu.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan wanita berkenaan tular selepas videonya memarahi pekerja sebuah kedai serbaneka menerima kec4man daripada orang ramai.

Belum lagi reda video tersebut, Kak Long sekali lagi tular selepas videonya dikatakan sedang mengajuk OKU turut tular sehingga Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (Pokuat) tampil membuat laporan polis terhadap wanita terbabit.

Tangkap layar siaran langsung yang dibuat oleh wanita dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’.

KOSMO! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*