Mira Filzah Semakin Sarat, Dijangka Bersalin Tak Lama Lagi. Namun Hanya Ini Yang Mampu Dilakukannya

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah memaklumkan sudah mengalami beberapa simptom di akhir semester kehamilan.

Dijangka bersalin awal Mei ini, Mira atau nama penuhnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, memberitahu dia kini mengalami s4kit belakang dan kaki yang semakin membengk4k.

“Sekarang pun dah sar4t, kandungan usia dah masuk lapan bulan lebih saya dah mula rasa s4kit belakang…kaki pun dah bengk4k.

“Namun sekarang saya masih lagi ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan sebelum fokus bercuti bersalin selepas 5 April nanti,” katanya.

Mira bersama suaminya Wan Emir Mistar ditemui ketika Majlis Malam Women of Excelence Awards 2021/22 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur semalam.

Mira menerima anugerah Excellent Achievement Award In Entertaintemnt Industry dalam bahagian lakonan yang disampaikan sendiri oleh ibu mentuanya iaitu Datuk Mastura Tan Sri Datuk Mohd Yazid iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dalam acara malam tadi.

Apabila ditanya mengenai persiapan untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya itu, Mira memberitahu ia masih belum selesai sepenuhnya.

“Persiapan sebenarnya banyak benda belum selesai kerana masih sibuk dengan kerja. Jadi saya banyak tempah secara online sahaja. Tiada lagi keluar mencari barang.

“Bukan sahaja kerana bimbang akan v1rus Covid-19 sekarang…malah saya sendiri tak terhadkan untuk keluar. Cuma memang kekangan masa.

“Dari segi persiapan ment4l saya tak banyak fikir sangat ada sahaja bersembang dengan kawan mengenai proses bersalin dan sebagainya selebihnya saya hanya berfikiran positif,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Emir memberitahu dia kagum dengan semangat Mira yang komited dengan kerja dan tanggungjawab meskipun sedang sarat hamil.

“Dia seorang yang berkerja keras kadang-kadang tu risau juga. Balik rumah bila dia mengadu s4kit belakang dan sebagainya saya yang bantu mengurutnya dan sebagainya,” beritahunya.

Tidak akan mengadakan sebarang acara baby shower atau gender reveal, Mira memberitahu jantina bayi akan dided4hkan selepas selamat bersalin.

“Kami tiada sebarang majlis untuk itu tetapi ada la buat makan-makan bersama keluar dan rakan terdekat sahaja.

“Untuk jantina saya rasa lebih baik kami umumkan bila sudah selamat bersalin nanti,” katanya lagi.

Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan diraikan dalam empat majlis berasingan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*