MPV dijadikan ‘rumah’ sejak guru der1ta peny4kit misteri, tak boleh masuk rumah sendiri

Jertih: Keluarga seorang guru yang menghidap peny4kit m1steri terpaksa menjadikan kenderaan pelbagai guna (MPV) sebagai ‘kediaman’ apabila lelaki itu akan berubah sikap sejak hampir setahun lalu.

Wan Zaidah Wan bak4r, 53, berkata ini berikutan suaminya Azhar Nor, 56, secara tiba-tiba boleh bertukar perwatakan menjadi seorang yang pan4s bar4n dan pelupa apabila naik ke atas rumah mereka.

Katanya, suaminya mula menghid4p peny4kit m1steri selepas menjalani pembed4han pada bahu kiri akibat mengalami peny4kit Raja Satong (bengk4k atas tubuh), tahun lalu.

“Selepas menjalani pembed4han itu, doktor memaklumkan suami yang mengajar di sebuah sekolah di Hulu Besut disahkan menghid4p peny4kit hati menguncup serta terdapat batu pada hempedu.

“Perut suami juga membesar dan mengeluarkan air kejernihan menyebabkan pembed4han terpaksa dilakukan untuk memasang tiub,” katanya.

Wan Zaidah berkata demikian selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut, Datuk Nawi Mohamad di rumahnya di Kampung Jerebun, Padang Bual, Hulu Besut, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Besut, Mohd Rozali Embong dan Ketua Urusetia Wanita DUN Hulu Besut, Azizah Ibrahim.

Mengulas lanjut, Wan Zaidah yang bertugas di pejabat Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), di sini, berkata suaminya bertukar menjadi seorang pan4s bar4n dan pelupa jika naik ke atas rumah selepas menjalani raw4tan.

“Selepas mengalami peny4kit m1steri dan bagi mengelakkan saya dan anak-anak menjadi m4ngsa kemar4hannya, suami sendiri memilih untuk tidak naik ke atas rumah.

“Dia akan menghabiskan masa termasuk tidur, makan, buang air besar dan kecil di dalam kenderaannya.

“Sejak menjadikan kenderaan sebagai penginapan mulai akhir April tahun lalu lalu, MPV ini pernah mengalami keros4kan pada kotak gear kerana enjin sentiasa dihidupkan 24 jam,” katanya.

Wan Zaidah yang mempunyai enam anak berusia 13 hingga 24 tahun, berkata dia membelanjakan kira-kira RM100 sehari untuk kos bahan bak4r kenderaan berkenaan.

Selain itu, katanya, dia juga berbelanja RM3,000 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dewasa, tisu basah dan ubat-ubatan.

“Saya bersama anak-anak mendirikan pondok di halaman dan terpaksa bermalam dalam khemah secara bergilir-gilir untuk menjaga suami yang bermalam di atas kenderaan,” katanya.

Mengulas kos raw4tan, Wan Zaidah memaklumkan sudah membelanjakan lebih RM20,000 untuk mengubati peny4kit m1steri dialami Azhar termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional.

“Bagaimanapun, usaha dilakukan tidak berhasil apabila peny4kit m1steri yang dialami suami semakin teruk dan kini saya terpaksa menggantikannya sebagai ketua keluarga,” katanya.

Sementara itu, Nawi berkata, pihaknya akan membina lantai simen bagi memudahkan pergerakan Azhar dan ahli keluarga.

“Kita akan usaha agar pembinaan lantai simen di perkarangan rumah Azhar siap segera,” katanya yang turut menyumbangkan bantuan kecem4san kepada keluarga berkenaan.

KREDIT: HMETRO

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*