Kec0h kes Kak Long ‘meng4muk’, muncul pula PARODI Anak Musn4hkan Kedai Serbaneka buat ramai terhibur

Bagi mereka yang aktif dalam media sosial terutama dalam YouTube, channel Dd Chronicle ini tidak perlu lagi diperkenalkan kerana rata-rata pengguna sudah mengenali siapa beliau. Dediy Sulaiman, 40, atau lebih dikenali dengan Dd Chronicle ini sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam dunia Youtuber, tetapi bermula 2015, beliau lakukan secara serius

Ramai tertarik dengan parodi terbaru dari Youtuber, Dd Chronicle ini.

Kali ini beliau telah memuat naik satu lakonan parodi seorang wanita meng4muk di kedai serbaneka  di Facebook, Dd Chronicle buat ramai terhibur

“(PARODI) Anak Musn4hkan Kedai Serbaneka”

“Tanamkan dalam hati yang ini adalah hiburan sahaja”

Rata-rata netizen yang memberi komen memuji Dd Chronicle.

“Lakonan semulajadi Kak Long Tiger Dd Kronik Kel amat mnjd. Marah betul dia. Anak dia blnja jajan sehari RM50. Wow. Lps tu merosakkn brg brg kedai sbg provoked. Hebat Lu bro. Sketsa yg significant dgn ehwal semasa melaporkan Insiden simulasi yg reality…… Tunggu Episode 2 seterus nya.. Mohon Maaf yg pasti ditunggu tunggu oleh para peminat setia bro….” tulis seorang netizan

“tu la, kite dh tgok seorg perempuan sifat mcm tu kan, mesti sebelum ni dye ade buat 1 bende smpai 1 malaysia Allah bukak aib dye dgn anak dye dlm sekelip mate, nauzubillah apa lah yg dye buat dulu kan , sebab tu dlm rutin seharian kite , bejage2 bile bercakap , sebab mulut ramai org dendam, lps tu belajar lah adab , budak tu kan ishh, ank ak ckp pig pon ak tonyoh cili”

Pengajaran dari kisah Kak Long ‘meng4muk’

Terdahulu INSIDEN seorang wanita yang meng4muk di sebuah kedai serbaneka di Terengganu ‘memeriahkan’ media sosial minggu ini.

Semuanya gara-gara sebuah video yang tular memaparkan wanita berkenaan yang dipanggil ‘Kak Long’ berang apabila anak lelakinya didakwa mencuri oleh seorang pekerja di kedai serbaneka itu.

Video berkenaan meraih jutaan tontonan dan memperlihatkan ibu kepada kanak-kanak lelaki berkenaan bertindak penuh emosi dengan meninggikan suara serta melakukan Facebook Live sebagai pengajaran kepada pelanggan-pelanggan lain dan pekerja kedai tersebut.

Bagaimanapun, punca insiden itu berlaku akhirnya terlerai apabila seorang lelaki yang dipercayai pengurus kedai serbaneka itu tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menerusi video berdurasi 1 minit 10 saat yang dimuat naik di platform TikTok, pengurus kedai tersebut tampil menceritakan kembali situasi sebenar kejadian, yang dikatakan berpunca daripada salah faham antara pekerjanya dan juga pelanggan.

Kejadian itu dikatakan berlaku selepas salah seorang rakan kepada kanak-kanak lelaki yang didakwa mencuri itu memberitahu kepada kakitangan kedai serbaneka terbabit.

Bagaimanapun, pengurus kedai serbaneka itu berkata, berdasarkan semakan rakaman litar tertutup (CCTV), pihaknya mendapati kanak-kanak lelaki berkenaan tidak bersalah, malah tiada k3s kecurian berlaku.

Susulan daripada itu, ibu kepada kanak-kanak lelaki dan juga pekerja kedai serbaneka tersebut tampil bertemu dan saling bermaaf-maafan, malah mengakui akan k3silapan serta salah faham.

Bagaimanapun, walaupun insiden itu dianggap telah selesai apabila kedua-dua pihak saling bermaafan, Kak Long masih lagi menerima kec4man daripada netizen.

Lebih mengejutkan, satu video lama yang dikatakan membabitkan Kak Long di sebuah restoran makanan segera bersama keluarganya kembali tular dan dia sekali lagi menerima komen-komen negatif daripada netizen yang mengecam perangainya yang dikatakan kurang sopan.

Di sebalik komen-komen negatif berkaitan isu Kak Long, ada netizen yang berkongsi ilmu, dengan menyiarkan sebuah video lama khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman mengenai sabar.

Abdul Basit dalam khutbahnya menjelaskan, setiap manusia perlu meningkatkan k3sabaran dan tidak mudah ‘koyak’ apabila berdepan ujian.

Jelasnya, sifat bersabar menjadi bukti kepada keimanan yang tinggi kepada ALLAH Taala kerana walaupun berdepan dengan ujian hebat, hambaNya tetap mampu bersabar dan berserah diri serta bertawakal kepada ALLAH.

Ins1den seorang wanita yang meng4muk di sebuah kedai serbaneka di Terengganu ‘memeriahkan’ media sosial minggu ini.

Kisah Dediy…dari penjual tempe ke Youtuber terkenal!

SETIAP pagi Dediy Sulaiman akan menaiki motosikal kapcai dari rumahnya di Kampung Paya Jaras Hilir, Selangor ke pasar-pasar untuk menjual tempe. Sepanjang perjalanan ke sana, di minda lelaki berusia 40 tahun itu sering tergambar pelbagai cerita dan sketsa.

Sebaik sahaja selesai tugas menghantar tempe, dia akan segera pulang ke rumah dan terus masuk ke salah sebuah bilik kecil di dalamnya. Dia kemudian akan mencatat kembali idea tersebut sebelum merangka jalan ceritanya pula.

Bilik tersebut ibarat mini studio di mana Dediy akan menghasilkan pelbagai video pendek menggunakan telefon bimbit sebelum dimuat naik ke Youtube.

Itulah antara rutin hariannya sejak tahun 2009.

Pencipta Kandungan atau Youtuber, Dediy Sulaeman turut meluangkan masa bekerja dari rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan wabak cov1d-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 05 APRIL 2020

Namun selama 11 tahun ‘kehadirannya’ sebagai Youtuber bagaikan tidak dirasakan sehinggalah bulan lalu apabila percubaannya untuk menghasilkan video parodi tiba-tiba ‘meletup!’

“Asalnya masa mula-mula menghasilkan video dalam Youtube dulu, saya lebih banyak memuatnaik lagu-lagu popular cover version nyanyian saya sendiri. Memandangkan saya dari keluarga Bawean, lagu-lagu popular yang saya nyanyikan itu saya tukar liriknya ke bahasa tersebut. Namun sambutannya biasa-biasa saja.

“Pada tahun 2004, saya berduet dengan penyanyi antarabangsa Jessi J dalam Smule, kami berdua menyanyikan lagu terkenalnya Flashlight. Saya kemudian memuatnaik video tersebut dan siapa sangka ia mencatatkan lebih 2.2 juta tontonan!

“Begitu juga bulan lalu sewaktu ada satu perhimpunan di Dataran Merdeka oleh sekumpulan aktivis yang menentang pertukaran kerajaan. Ada seorang aktivis wanita dalam perhimpunan itu asyik menyebut ‘Siapa Muhyiddin’ dan keropok Super Ring.

“Saya kemudiannya menghasilkan parodi mengenainya dan sekali lagi ia mendapat sambutan hebat sehingga saya dipanggil ‘Abang Super Ring’ ,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Cheras itu.

Pencipta Kandungan atau Youtuber, Dediy Sulaeman turut meluangkan masa bekerja dari rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan wabak cov1d-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 05 APRIL 2020

Menurut Dediy, sejak itu beliau ‘mula faham’ topik-topik yang digemari penggemar Youtube dan semakin aktif menghasilkan video sumpamanya di dalam saluran tersebut.

Ketika ditanya teknik penghasilan video-videonya, Dediy berkata, dia tidak mempelajarinya secara formal sebaliknya hanya menggunakan aplikasi Kinemaster untuk melakukan suntingan.

“Ramai orang ingat saya shoot dulu dan edit kemudian tetapi sebenarnya saya melakukan kedua-dua kerja itu dengan serentak menggunakan telefon bimbit saya.

“Sebenarnya saya bukan guna peralatan yang mahal dan canggih pun. Kalau campur semua barang seperti telefon bimbit, mikrofon dan komputer riba saya yang dah lama ni, nilainya hanya ratusan ringgit sahaja.

“Walaupun kualiti gambar tidak secanggih mana, namun Alhamdulillah content atau kandungan video saya nampaknya lebih diterima ramai,” ujar Dediy.

Sebenarnya siapa sangka di sebalik telatah lucu dalam video-video parodinya, Dediy juga menyimpan kisah sedih dalam dirinya.

Antaranya bagaimana dia terpaksa menolak tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah universiti awam semata-mata hendak membantu ahli keluarganya selepas kem4t1an ayah angkatnya. Untuk rekod, Dediy tinggal dan dibesarkan oleh ibu dan ayah angkatnya itu.

“Tak ada siapa yang mampu mengeluarkan perbelanjaan untuk saya ketika itu, akhirnya saya terus bekerja untuk mencari rezeki seperti biasa,” kata Dediy.

Dalam perkembangan yang sama, Dediy turut bersyukur kerana ahli keluarganya menerima penglibatannya sebagai Youtuber, malah ada ketika dia mengajak isteri dan anak-anaknya untuk berlakon bersama-sama dalam videonya.

“Lagipun di dalam waktu-waktu PKP ni nak buat apa lagi kat rumah, buat video jelah,” katanya tersenyum.

Pencipta Kandungan atau Youtuber, Dediy Sulaeman turut meluangkan masa bekerja dari rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan wabak cov1d-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 05 APRIL 2020

Dalam pada itu, Dediy turut menasihatkan mereka yang mahu bergelar Youtuber supaya tidak terlalu ‘memaksa diri’ kerana adakalanya ia bergantung kepada ‘tuah’ seseorang juga.

Ujarnya, dia sendiri hanya mula dikenali selepas 11 tahun melibatkan diri dalam platform berkenaan.

“Apa yang saya boleh katakan, teruslah menghasilkan video yang baik dan yang boleh diterima rakyat Malaysia semua. Benda ni kena cuba dan cuba. Kata kuncinya jangan putus asa dan pada masa yang sama kena banyak bersabar,” kata Dediy sebelum mengakhiri perbualan. – MalaysiaGazette.

Bilik yang dijadikan tempat rakaman serta suntingan beliau. – Kredit fb Dd Chronicle.

kredit: FB Dd Chronicle

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*