“Saya Akan Pakai Kerana Allah”- Diana Danielle Komen Isu Berhijab

Pelakon, Diana Danielle tampil bersuara terhadap isu bilakah dia akan terbukan hati untuk mengenakan hijab.

Memakai Hijab Bukan Sekadar Kelihatan Cantik

Menerusi laman Twitter, Diana berpendapat bahawa untuk memakai hijab untuk menunjukkan komitmen terhadap agama dan bukan hanya untuk sekadar kelihatan cantik.

“Memberitahu seseorang bahawa mereka kelihatan cantik jika mereka memakai tudung adalah…

Anda memakainya untuk kesederhanaan- untuk menunjukkan komitmen terhadap agama anda – bukan untuk kelihatan lebih cantik.”-Komen Diana

Konsep “Lagi Cantik Bila Pakai Tudung” Tidak Menepati Konteks

Tambahnya lagi, dia turut berpendapat konsep “lagi cantik bila pakai tudung” tidak menepati konteks yang betul dan akan memakai hijab kerana Allah walaupun kelihatan tidak cantik kelak.

“‘Lagi cantik bila pakai tudung’ tak kena dengan context. Lawa tak lawa, kalau saya dah nak pakai, saya akan pakai kerana Allah.”-Diana Danielle

Pelbagai Reaksi Netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka malah ada yang mendoakan agar Diana dilembutkan hati untuk mengenakan hijab kelak.

“Mudah mudahan Allah lembutkan hati awak untuk bertudung dan ingat tak perlu nak komen macam mana sebab kita tak tahu apa niat orang bila dia cakap macam tu mungkin ia satu bentuk galakan, supaya orang tu berubah.”

“Cakap macam pandai..Tapi bod0h.”

“Kadangkala orang puji seperti itu untuk memberikan anda galakan. Untuk meningkatkan keyakinan itu sahaja. Terimanya dengan hati terbuka. Apa sahaja nada percakapan dan niat hati mereka tolak ketepi.”

Kalau puji cakap you look less sinful with tudung on. Lagi pelik rasanya.”

Sama-sama kita doakan agar Diana Danielle diberikan petunjuk agar terbuka hati untuk mengenakan hijab kelak. Doakan yang baik-baik sahaja lah ya..

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*