[VIDEO] Shakilla Khoriri aminkan doa netizen….- video sambut ‘birthday’ anak buat ramai terharu

PERKONGSIAN video memaparkan pelakon Shakilla Khoriri dan bekas suaminya, Fizi Ali menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka bersama menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen serta rakan selebriti teruja melihat Shakilla, 32, dan Fizi, 32 tetap meluangkan masa bersama anak mereka biarpun sudah berpisah.

Mengakui bukan mudah untuk berkumpul semula sebagai sebuah keluarga, Shakilla berkata semua yang dia dan Fizi lakukan demi kebahagian anak mereka, Ameena Sofia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AmeenaSofia (@ameenasofia_)

“Saya akan buat apa saja untuk bahagiakan Ameena. Tak kisah la hari lahir dia atau apa saja, kami akan cuba bersama. Mungkin benda ini akan meny4kitk4n saya atau Fizi.

“Sebab macam kumpul semula kenangan. Saya tak kisah sebab antara kami dah berakhir. Macam mana kami ibu bapa Ameena dan sebulat suara untuk beri kasih sayang pada Ameena.

“Memang s4kit nak melalui sebab banyak momen bersama dan kena wujudkan demi Ameena. Semua kekuatan untuk buat semua ini saya dapat daripada Ameena,” katanya kepada mStar.

Shakilla memuat naik video menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Ameena Sofia yang ketiga di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Sebab saya percaya aturan Allah sangat baik dan cantik.

SHAKILLA KHORIRI

PELAKON

Menerusi kapsyen di perkongsian itu, Shakilla berkata majlis tersebut sepatutnya dihadiri rakan-rakan anaknya namun perancangan terpaksa diubah disebabkan faktor kesihatan.

Sebelum ini, anak perempuan Shakilla dan Fizi disahkan positif cov1d-19 pada 8 Mac lalu dan menjalani tempoh kuarantin di rumah sahaja.

Sementara itu, Shakilla menerima baik doa netizen yang mahu melihat dia dan Fizi kembali bersatu sebagai suami isteri.

Bagaimanapun pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri ini reda dengan takdir dan aturan kehidupannya dan Fizi yang sudah disusun oleh Allah.

“Saya hanya mampu aminkan saja doa orang yang berharap kami kembali bersama. Setiap hari saya berdoa saya atau Fizi menemukan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kami lalui.

shakilla 2

Fizi turut bersama menyambut ulang tahun kelahiran anaknya.

“Kalau ditakdirkan Fizi yang terbaik untuk saya dan Ameena, Allah akan makbulkan tetapi kalau Allah kata hubungan kami cukup sampai di situ, hanya takdir untuk berkahwin, itu pun saya terima.

“Sebab saya percaya aturan Allah sangat baik dan cantik. Kita yang baik, Allah akan beri yang baik. Saya percaya Allah akan beri sinar kepada saya dan Fizi,” ujarnya.

Fizi yang juga penyampai radio Suria FM dan Shakilla mengumumkan percer4ian mereka pada Disember 2021.

Mereka berkahwin pada Februari 2018 dan mempunyai seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*