“Steady Je Datin Beli Baju Anak Kat Pasar.” Ramai Puji Sikap Isteri Datuk Aliff

Kasih ibu, kasih yang tiada tandingannya. Dari anak dalam kandungan sehinggalah dah dewasa perasaan sayang itu tak pernah pudar sekalipun.

Jika pergi ke mana-mana mesti akan ingatkan anak. Ibaratnya anak sebahagian nyawa ibu. Jika anak s4kit, ibu pun akan rasa sangat terk3san. Betul tak? Nampak sesuatu yang menarik pun, mesti terus terlintas dalam fikiran kalau beli ni anak suka.

Sama jugalah seperti Datin Shahida yang sentiasa fikirkan anak-anak dulu tiap kali pergi ke mana-mana. Di sebalik k3sibukan bekerja dan menguruskan bisnesnya, bab anak tetap nombor satu.

Menerusi perkongsian Datin Shahida di instagramnya, apa yang menjadi perhatian ramai adalah niatnya pergi ke pasar nak beli ikan tapi bila lalu kawasan yang menjual baju kanak-kanak terus rambang mata memilih.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

“Hati mak-mak macam ni kan…pergi pasar nak beli ikan pun masih sibuk ingat anak… siapa macam saya?”, tulisnya.

Ini kerana dalam video tersebut, kelihatan Datin Shahida singgah pasar malam untuk beli barang dapur dan terus masuk ke khemah yang menjual baju anak-anak serta memilih beberapa pasang untuk setiap anaknya.

Ternyata gaya bersahajanya itu mendapat pujian daripada peminat. Walaupun baju RM10 sepasang pun, Datin Shahida langsung tak memilih malah raut wajahnya begitu gembira sekali dapat belikan untuk anak-anaknya.

Sikap rendah diri ini membuatkannya disenangi ramai dan ramai yang bersetuju biar murah asal selesa.

Video yang dikongsikan oleh Datin Shahida itu telah menarik perhatian golongan ibu yang lain dan mereka pun turut mempunyai pendapat sama dan berkongsi pengalaman masing-masing.

Betullah orang kata, mak tak ada tak apa, asal untuk anak ada dan boleh buat mereka gembira.

“Datin relax je beli baju pasar malam..”

Rendah diri, sentiasa support peniaga kecil-kecilan

Kredit: IG Shahidadherbs

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Pa&Ma

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*