Bersemut Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Preity Zinta Untuk Suami Tercinta!

Muat naik terkini pelakon bollywood kesayangan ramai, Preity Zinta menarik perhatian ramai peminat aktres ini di media sosialnya. Preity memuatnaik foto perkahwinannya bersama suami tercinta Gene Goodenough berserta kapsyen ringkas penuh makna.

Titip Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Yang ‘Sweet’

Bintang filem Kal Ho Na Ho ini memberi ucapan ringkas dan penuh rasa cinta untuk suaminya di media sosial, sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka berdua.

Foto – Instagram @realpz

“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan sayangku, saya cintakan awak. Terima kasih banyak kerana menyayangi saya dan membuatkan saya ketawa sepanjang masa. Awak adalah kawan baik saya dan insan yang saya percaya dan saya sayangkan awak lebih setiap hari.

Dari teman lelaki – teman wanita kepada suami – isteri dan sekarang mak – ayah, saya sayang setiap fasa baru dalam hidup saya bersama awak. Di sini untuk banyak lagi ulang tahun perkahwinan dan sambutan” tulisnya

Peminat Beri Ucapan Ulang Tahun Untuk Preity Dan Pasangan

Melihat foto perkahwinan dan kapsyen ucapan ‘bersemut’ pelakon bollywood itu, ramai peminatnya menitipkan ucapan bagi meraikan juga ulang tahun perkahwinan pasangan bahagia tersebut.

Foto – Instagram @realpz

“Selamat ulang tahun ratu lesung pipit… Sayang banyak, peminat anda dari Malaysia”

“Selamat ulang tahun sayang”

“Selamat ulang tahun pasangan cantik”

“Selamat ulang tahun buat kamu berdua” komen peminatnya

Untuk rekod Preity Zinta telah mendirikan rumahtangga bersama suaminya Gene Goodenough pada tahun 2016, dan dikurniakan sepasang anak kembar Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough melalui kaedah ibu tumpang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*