Wan Sharmila Enggan Komen Lanjut Mengenai Shuib, Takut Disalah Tafsir

Baru-baru ini pelakon Wan Sharmila dikaitkan mempunyai hubungan dengan Shuib selepas pelawak dan usahawan itu akui sedang berkawan dengan seseorang.

Enggan Ulas Lanjut

Ia berikutan video Sharmila atau lebih mesra disapa sebagai Lala ini tular ketika dia sedang melayan keletah anak perempuan pasangan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra, 9. Malah, netizen turut berseloroh dengan menyatakan wajah Talita mempunyai iras Lala.

Mengulas dengan lebih lanjut, pelakon verstail ini memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perihal mesra dengan satu-satunya anak perempuan Shuib itu kerana khuatir bakal mengundang salah faham.

“Kalau pasal ini saya tak nak jawab apa-apa, takut tersalah cakap mungkin apa yang saya cakap dengan tujuan lain tapi ditafsir jadi lain dan menyinggung pihak tertentu.

“Jadi saya rasa baik jangan ckap apa apa kut,” kata Lala kepada Murai.my

Lala Pelanggan Loveta

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila)

Menurutnya, dia secara kebetulan bertemu dengan Talita kerana memang merupakan seorang pelanggan tudung keluaran Loveta.

“Saya pakai Loveta sebab selesa bukan sebab dapat, malah memang saya beli juga. Arwah pun ada bagi juga.

“Lagipun saya memang suka tudung sarung,” katanya.

Di kesempatan itu, dia berulang kali meminta maaf dan memilih untuk tidak bercakap lagi mengenai usik-usik netizen mengenai dirinya antara calon pilihan untuk ibu kepada anak-anak-Shuib.

“Cuma takut nak cakap lebih-lebih dan untuk memanjangkan cerita. Bagi saya, saya pohon doakan yang baik-baik buat saya dan doa yang baik-baik buat dia dan keluarga,” katanya lagi

Lala ditemui Murai.my di sesi pratonton bufet Ramadan Le Meridien Putrajaya baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Lala kini sibuk menjalani penggambaran drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang bakal disiarkan di TV3 tidak lama lagi. Malah, dia juga berkongsi teruja kerana bakal muncul dalam drama Wan Senja sempena Syawal bergandingan dengan primadona Fauziah Ahmad Daud.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*