Zynakal ‘putih mata’ duit royalti RM120,000 lesap! Kena songl4p kenalan rapat… Tunjuk baki akaun RM19.15

HARAPKAN pegar, pegar makan padi… Itu yang terjadi kepada penyanyi Zynakal yang kerugian lebih RM120,000 gara-gara disongl4p oleh individu yang rapat dengannya.

Bagaimanapun, Zyn, 23, yang masih terkjut dengan perkara itu menafikan ia ada kaitan dengan mana-mana syarikat rakaman atau pihak pengurusannya.

“Cukuplah saya katakan ia tidak ada kena-mengena dengan mana-mana syarikat pengurusan atau rakaman.

“K3s ini melibatkan saya dengan seorang individu yang saya kenal secara peribadi.

“Apa tindakan yang akan saya ambil juga tak perlulah cerita kerana takut nanti individu tersebut akan tahu pergerakan saya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

zynakal 2

Zyn mendedahkan dia dit1pu kenalan rapat

Berkongsi lanjut hal itu, penyanyi lagu s4kit ini berkata, dia mula menghidu wujudnya penyelewengan berkenaan sejak hujung tahun lalu.

Katanya, duit yang diambil itu juga adalah hasil titik peluhnya dalam bidang seni.

“Saya dah mula sedar duit saya hil4ng sejak hujung tahun lalu.

“Kebanyakan wang tersebut adalah hasil daripada pendapatan saya dalam bidang seni,” ujarnya.

K3s ini melibatkan saya dengan seorang individu yang saya kenal secara peribadi

ZYNAKAL

PENYANYI

Zyn pada malam Rabu meluahkan rasa mar4h di media sosial berkaitan kehilangan duit royalti lebih RM120,000.

Dia juga berkongsi paparan skrin aplikasi perbankan yang menunjukkan baki akaun berjumlah RM19.15.

Katanya, tindakan kenalannya itu melampau dan perlu diambil tindakan.

“Lama sangat aku diam tapi bagi muka kena pijak. Kalau kau rembat RM10 aku boleh halalkan, tetapi k3s ini segala duit aku hil4ng.

“Ni kau nak aku makan apa?” tulis Zyn.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*