Pengarah Urusan Mydin Akui Lebih Puas Makan Di Restoran Biasa Dari Bufet Hotel 5 Bintang

Satu perkongsian milik Pengarah Urusan Mydin, Dato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin di akaun Instagram beliau jadi tumpuan ramai di media sosial.

Lebih Puas Makan Secara Sederhana

Dalam muatnaik terkini Dato Ameer, beliau mengakui menikm4ti makanan secara ringkas dan bersederhana lebih nikmat daripada makan di bufet hotel lima bintang.

Pemilik gedung pasaraya Mydin ini mendedahkan, beliau tidak mengunjungi mana-mana bufet ramadhan pada tahun ini untuk berbuka puasa kerana merasakan ianya satu pembaziran.

Berdasarkan foto yang dikongsikan, beliau kelihatan tersenyum gembira menikm4ti s3keping roti tosai bersama aneka kuah dan secawan teh tarik kurang manis selepas solat terawih bersama isteri beliau malam semalam.

via (IG) Dato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin

“Selepas terawih, tosai gandum yang bagus dan secawan kurang kurang kurang manis teh tarik bersama pasangan saya. – Perkara ringkas dalam hidup sangat memuaskan – Menikm4tinya lebih dari buka puasa bufet 5 bintang (satu pun tak pergi tahun ini, rasa membazir)” tulisnya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ameer Ali Mydin (@ameermydin)

Netizen Puji Pemilik Mydin

Melihat perkongsian di Instagram pemilik gedung pasaraya terbesar di Malaysia ini, ramai pengguna media sosial memuji sikap bersederhana Dato Ameer makan di kedai makan biasa dan bersetuju dengan kapsyen yang ditulis beliau.

via (IG) Dato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin

“Tuhan berkati anda dan keluarga anda”

“Itulah kehidupan Dato’… Terbaik”

“Nikmat Dato”

“Menarik ni Datuk! Salam Ramadhan kepada anda dan keluarga Datuk”

“Yang ringkas sentiasa terbaik, bufet adalah membazir. Salam Ramadhan kepada anda dan keluarga” komen mereka

Amalan makan secara bersederhana dan berpada-pada itu lebih baik, betul tak? Apa pun terbaiklah Dato!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*